Syarat Kelayakan BR1M 2013
Bujang
Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Isi Rumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Pemohon baharu BR1M daftar 9-11 Nov
Utusan Borneo 8 November 2012, Khamis
MIRI: Para pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya di kawasan Sibuti dialu-alukan untuk hadir ke gelanggang bola keranjang Bekenu pada 9 hingga 11 November nanti.
Ini bagi memudahkan urusan bagi pendaftaran BR1M 2.0 untuk para pemohon baharu yang belum menerima bantuan berkenaan.
Kaunter berkenaan adalah atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu.
“Kaunter yang dibuka pada ketiga-tiga hari berkenaan bakal memudahkan para pemohon baharu BR1M 2.0,” kata jurucakap berkenaan kepada Utusan Borneo semalam.
Jadual kaunter dibuka pada 9 November adalah dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sementara pada 10 & 11 November, kaunter dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.
Para penerima BR1M yang lepas tidak perlu mendaftarkan diri mereka semula kerana telah didaftarkan secara automatik.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label LHDN. Show all posts
Showing posts with label LHDN. Show all posts
Thursday, November 8, 2012
Mari Daftar BR1M 2.0 di Bekenu Hujung Minggu In!!!
Thursday, November 08, 2012
Ahmad Lai, BR1M2, Daftar BR1M, LHDN, P218, PBB, PBB Bekenu, Sibuti, Syarat Kelayakan BR1M 2013
No comments
Syabas di atas usaha YB Haji Ahmad Lai yang berjaya membawa kaunter LHDN ke Bekenu. Ini bertujuan untuk memudahkan warga Sibuti khususnya di Bekenu untuk mendaftar bagi BR1M 2.0.
Kaunter ini akan dibuka mulai 9 November 2012 ini hingga 11 NOvember 2012. Rebutlah peluang untuk mendaftar dan berikut adalah garis panduan untuk memastikan permohonan BR1M 2.0 ini tidak ditolak.
Bagi yang sudah menerima BR1M 1.0 maka pendaftaran telah dilakukan secara terus berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data LHDN. Sekiranya ada pertukaran alamat maka hendaklah mengisi BR1M 2.0 atau memaklumkan kepada LHDN.
Sunday, March 18, 2012
Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Ke Hujung Bulan Mac!!??
Berita baik untuk pemohon BR1M yang gagal kali pertama?!!! Kali ini rayuan permohonan boleh dibuat sehingga akhir bulan ini!!? Begitulah yang dikhabarkan oleh Menteri Kewangan Kedua!!!??
Sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengabaikan sekiranya rakyat benar-benar memerlukan wang BR1M!!?? Tarikh awal rayuan sebelum ini adalah 15 Mac 2012 telah dilanjutkan ke penghujung bulan!!? Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional!!??
Tempoh Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Hingga Akhir Bulan Ini - Husni
Ahad Mac 18, 2012
IPOH: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.
"Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.
"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terlibat dalam kutipan cukai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di sini, Ahad.
Husni berkata melalui permohonan rayuan, 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.
Sementara itu, beliau berkata perpustakaan berkeluasan 2,643 kaki persegi itu adalah paling besar di antara 20 perpustakaan di kawasan Tambun.
Kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan sebanyak RM716,000 untuk membina perpustakaan itu yang dijangka siap 20 Nov ini, katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)





