Thursday, November 8, 2012

Mari Daftar BR1M 2.0 di Bekenu Hujung Minggu In!!!

Syabas di atas usaha YB Haji Ahmad Lai yang berjaya membawa kaunter LHDN ke Bekenu.  Ini bertujuan untuk memudahkan warga Sibuti khususnya di Bekenu untuk mendaftar bagi BR1M 2.0.

Kaunter ini akan dibuka mulai 9 November 2012 ini hingga 11 NOvember 2012.  Rebutlah peluang untuk mendaftar dan berikut adalah garis panduan untuk memastikan permohonan BR1M 2.0 ini tidak ditolak.

Bagi yang sudah menerima BR1M 1.0 maka pendaftaran telah dilakukan secara terus berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data LHDN.  Sekiranya ada pertukaran alamat maka hendaklah mengisi BR1M 2.0 atau memaklumkan kepada LHDN.


Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang


Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah

Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Pemohon baharu BR1M daftar 9-11 Nov

Utusan Borneo 8 November 2012, Khamis

MIRI: Para pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya di kawasan Sibuti dialu-alukan untuk hadir ke gelanggang bola keranjang Bekenu pada 9 hingga 11 November nanti.

Ini bagi memudahkan urusan bagi pendaftaran BR1M 2.0 untuk para pemohon baharu yang belum menerima bantuan berkenaan.

Kaunter berkenaan adalah atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu.

“Kaunter yang dibuka pada ketiga-tiga hari berkenaan bakal memudahkan para pemohon baharu BR1M 2.0,” kata jurucakap berkenaan kepada Utusan Borneo semalam.

Jadual kaunter dibuka pada 9 November adalah dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sementara pada 10 & 11 November, kaunter dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Para penerima BR1M yang lepas tidak perlu mendaftarkan diri mereka semula kerana telah didaftarkan secara automatik.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda