PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Kelab BN. Show all posts
Showing posts with label Kelab BN. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Kelab BN di Hari Keputeraan TYT Sarawak Tiada Maksud Politik

Kelab BN tidak mempunyai sebarang maksud politik apabila menyertai perbarisan di Sambutan Hari Keputeraan TYT Negeri Sarawak.  Mereka menyatakan cuma untuk melahirkan rasa taat setia kepada TYT Sarawak.

SPDP tidak seharusnya mempolitikkan penyertaan Kelab BN di upacara tersebut, demikian diberitahu oleh Ketua Kontinjen iaitu Joshua Dungkong.

Kelab BN telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Keputeraan TYT dan kononnya terdapat ahli SPDP juga yang dituduh oleh Presiden SPDP turut serta dalam perbarisan tersebut.  

Namun Ketua Rumah Panjang TR Stewart Kayong perbarisan tersebut tidak disertai oleh mana-mana ahli SPDP.
Kelab BN hanya tunjuk kesetiaan kepada TYT

Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu

MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sepatutnya mempolitikkan isu penyertaan Kelab Barisan Nasional (BN) semasa perbarisan sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Stadium Miri Sabtu lalu.

Ketua kontinjen penyolong Kelab BN, Joshua Dungkong berkata, perbarisan itu hanya sekadar menunjukkan rasa hormat, sokongan dan kesetiaan kepada TYT dan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Sebagai Menteri Kanan dan Presiden parti, Mawan harus arif bahawa sambutan hari jadi TYT tidak wajar dicampur-adukkan dengan isu politik,” katanya semalam.

Joshua berkata demikian semasa mengulas kenyataan Mawan pada sidang media pada majlis malam penghargaan media di Kuching Selasa lalu, yang antara lain menyifatkan tindakan Kelab BN sebagai mensabotaj parti.

Justeru, katanya, tidak timbul isu mereka mensabotaj parti kerana tujuannya mereka menyertai perbarisan hanya untuk menunjukkan rasa kesetiaan kepada TYT.

“Kita di Kelab BN akan terus mara ke hadapan. Kami tidak akan terjejas dengan apa sahaja tohmahan yang dilemparkan oleh SPDP dan saya mahu tegaskan bahawa penyertaan kami dalam perbarisan itu tiada kaitan dengan SPDP,” katanya.

Menjawab kenyataan mengenai penglibatan ahli-ahli SPDP dalam perbarisan itu, Tuai Rumah Steward Kayong mengesahkan, tiada seorang pun daripada parti itu yang menyertai kontinjen terbabit.

Sunday, May 20, 2012

PAS Berangan-angan Nak Jadi Hero di Bekenu?!?!

Kalau PAS begitu hebat pasti banyak candi di Kelantan sudah tutup dan hudud menjadi undang-undang negeri Kelantan? Tiada lagi kampung yang daif dan masalah banjir pasti dapat diselesaikan!?! Royalti minyak Kelantan pun 0% dan sehingga sekarang masih belum dapat diberi kepada rakyat Kelantan tetapi ada hati berjanji kepada orang Sarawak untuk meningkatkan royalti daripada 5% kepada 20%?!?!


Sekarang ini PAS cuba menjadi hero di Sarawak dan menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku di dalam kerajaan PAS di Kelantan?!?! Kalau dah pergi ke Kelantan barulah kita tahu bagaimana situasi sebenar?!? Janganlah mudah terpedaya dengan orang luar dan parti luar yang gagal membawa pembangunan di tempat mereka tetapi cuba menipu orang Sarawak agar menerima nasib yang sama seperti mereka?!?!

Seperti yang dinyatakan oleh YB Rosey, PAS hendaklah bersikap lebih matang dan jangan berperangai seperti budak kaki buli!!!??! Mereka sepatutnya menolong dalam menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya menyalahkan kerajaan!?!? Bantulah rakyat dengan ikhlas seperti mereka sudah menjadi negara berkebajikan!?! Kalau dah mampu bagi beras, maggi dan gula, apa salahnya bagi jalan raya, rumah baru, jambatan baru malah bas sekolah atau van jenazah?!?! Ini tidak ada satu pun yang dapat diharapkan dari PAS?!?! Stakat Mat Syabun dan Hadi 'Cawat' Awang belum tentu lagi dapat memerintah negeri dengan baik?!? Kalau nak minta Husam dan Nik Aziz, serupa dah nyanyuk dan belum tentu lagi rakyat Sarawak akan senang di bumi sendiri?!?!? Oleh itu, buat apa sokong PAS kalau di negeri mereka sendiri pun sudah tidak relevan!?!?!!! Jangan jadikan Sarawak seperti Kelantan yang banyak masalah?!?!

Pengarang, 'Tidak Perlu Jadi Wira Cari Kelemahan Kerajaan: Rosey', theborneopost.com, 20 Mei 2012, http://www.theborneopost.com/2012/05/20/tidak-perlu-jadi-wira-cari-kelemahan-kjaan-rosey/ dicapai pada 20 Mei 2012.


Posted from my iPad

Thursday, April 12, 2012

Tingkatkan Kerjasama Antara Kaum Untuk Meningkatkan Taraf Hidup di Sibuti!?!?!

Rakyat dinasihatkan agar sentiasa mendekati kerajaan dan pemimpin kerajaan!!??  Ini untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar kerajaan di samping menyalurkan maklumat daripada akar umbi ke peringkat atasan!!??  Penduduk di Kampung Pelapi kini dapat menikmati balai raya yang baru.  Ini hasil daripada kerjasama dari semua peringkat termasuk penduduk kampung itu sendiri yang mendermakan tanahnya untuk dijadikan tapak kepada balai raya yang baru!!???  Setelah mengenal pasti lokasi tapak maka mudahlah pihak agensi kerajaan untuk membina sebuah balai raya yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk di kawasan tersebut!!?

Inilah juga hasil daripada pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional!!??  Sempena PRU13 yang semakin hampir maka kerjasama antara pemimpin dan rakyat sangat perlu untuk menolak dakyah jahat yang suka memecah-belahkan perpaduan di kawasan tersebut!!?!?!?  Untuk itu, penduduk kampung perlu bersatu untuk menentang dakyah jahat ini yang hanya pandai berkata-kata umpama panglipur lara demi untuk memancing undi!!!??

Semoga rakyat di Sarawak tidak mudah terpedaya dengan agenda jahat pembangkang yang hanya mahu menghancurkan keharmonian di Sarawak!!!??   

Rakyat Perlu Dekati Kerajaan dan Pemimpinnya - Rosey
SERAH KUNCI… Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang menyaksikan kerja penyerahan kunci dari kontraktor kepada ketua-ketua kaum di sini. – ADUM LIU

12/4/2012
 Oleh ADUM LIU Utusan Sarawak

BATU NIAH, Khamis – Jangan meminggirkan diri daripada kerajaan dan pemimpin kerajaan jika mahu mencapai pembangunan dan kemajuan kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.

Rosey Yunus ketika ditemui oleh Utusan Sarawak di Majlis Penyerahan Kunci Balai Raya Kampung Pelapi yang baru siap dibina baru-baru ini berkata, masyarakat kawasan luar bandar dinasihati agar tidak menjauhkan diri mereka daripada kerajaan dan pemimpinnya.

“Jika masyarakat tidak mahu mendekati pihak kerajaan yang dikendali oleh banyak agensinya bersama pemimpinnya, sudah pasti setiap peluang pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka tidak akan tercapai dengan mudah.

“Saya menyeru kepada masyarakat kita di kawasan Parlimen Sibuti yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan supaya terus bekerjasama dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan yang sedia ada lagi kukuh ini,” jelasnya.

Katanya, penduduk di tiga buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Kedayan, Cina dan Iban.  Mereka sangat bertuah kerana telah diperuntukkan sebuah Balai Raya Kampung Pelapi telah disiap dibina dan bernilai RM180 ribu .

Penduduk kampung juga berterima kasih kepada Abu Sukor, seorang dermawan dalam lingkungan 40-an dari Kampung Kayu Kapor yang telah berbesar hati dengan mendermakan tanahnya untuk pembinaan balai raya ini.   Usaha seperti ini memang patut digalakkan daripada orang ramai di samping membantu penduduk setempat.  Janganlah asyik berharap dengan kerajaan kerana ini boleh merumitkan keadaan sekiranya populasi di kawasan tersebut sudah terlampau padat. 

Justeru itu, gunakanlah ia sebaik mungkin demi membawa lebih pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di sekitar kawasan Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor, tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang berkata, dengan adanya kemudahan seperti sebuah balai raya yang baru ini, amatlah diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat di kawasan Sibuti.

“Balai raya kini sangat diperlukan sebagai satu tempat perjumpaan bersama bagi masyarakat disekelilingnya dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti berorientasikan komuniti seperti penduduk-penduduk di kampung lain dengan lebih selamat dan selesa,” tambahnya lagi.
 
Turut hadir ialah Pembangtu Tadbir Daerah Kecil Sibuti, Encik Ali Abdullah, kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua kaum setempat.


Wednesday, April 4, 2012

Senjata BN Memang Mantap!!?!?! Rosey

Rosey yang juga ahli Kelab BN percaya PAS tidak akan berjaya menggugat Barisan Nasional di Sibuti!!!??  Pihak pembangkang memang suka bercakap besar sebelum pilihan raya namun apabila tiba PRU13 kelak mereka pasti tidak mampu menurunkan calon yang benar-benar berkaliber!!?!?!  

Keputusan PRN 2011 dan PRU12 lepas dapat membuktikan bahawa orang Sibuti tidak akan lupa jasa pemimpin BN yang lalu!!??  Kemajuan dan pembangunan yang dibawa memang berterusan dan tidak pernah janji kosong!!?!?  Lihatlah kerajaan pembangkang!!?!?!  Sejauh manakah mereka mampu menandingi negeri BN?!?!?!

Sarawak P218, N61, N62

P218 SIBUTI [PRU12] (KAWASAN BARU)
Jumlah Pengundi: 22,143
Peratusan Kaum: M: 46% C: 22% I: % B/Sab: % B/Swk: 32% L: %
1. Ahmad Lai Bujang (BN) [8,238]
2. Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR) [4,590]
Jumlah undi:
Majoriti: 3648
Undi rosak: 192
Penyandang:

N61 BEKENU
Jumlah Pengundi:
1. Rosey Yunus (BN) (4,946)
2. Dayang Juliana Awang Tambi (PCM) (284)
3. Thony Badak (Snap) (570)
4. Ishak Mahwi (PKR) (1,232)
Majoriti: 3,714
Jumlah undi: 7,135
Undi rosak: 103
Penyandang: Rosey Yunus (BN)

N62 LAMBIR
Jumlah Pengundi:
1. Ripin Lamat (BN) (4,625)
2. Zolhaidah Suboh (PKR) (3,104)
3. Johari Bujang (Snap) (693)
Majoriti: 1,521
Jumlah undi: 8,565
Undi rosak: 143
Penyandang: Aidan Wing (BN)



BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri: Rosey

Posted on April 4, 2012, Wednesday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada pembangkang yang berhasrat untuk menawan Sarawak meskipun menang beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus berkata, kerajaan BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri meskipun parti lawan mengetengahkan calon tempatan.

“Ini bukan soal calon sebaliknya ia berkaitan dengan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan yang mampu membawa perubahan dan membela nasib mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, meskipun pembangkang mulai mencongak peluang dan menyasarkan beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, namun ia tidak semudah yang dijangka.

“Kita percaya semua penyandang kerusi Parlimen di kontituensi masing-masing tidak akan membenarkan parti luar datang dan membantutkan semua pembangunan yang dirancang kerajaan untuk rakyat,” jelasnya.

Rosey yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga menyifatkan hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada rakyat.

“Mereka (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan positif kepada rakyat sebaliknya mereka hanya merosakkan perubahan yang sudah dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk rakyat,” jelasnya.

Mengulas mengenai sebuah parti pembangkang yang mengetengahkan calon tempatan untuk bertanding di Parlimen Sibuti, beliau memberitahu ja hanya satu taktik untuk mengaburi mata rakyat.

“Pembangkang licik dan mempunyai pelbagai cara untuk mengaburi mata rakyat termasuk mempergunakan orang tempatan untuk mewakili mereka bagi mencapai agenda tertentu,” tegasnya.

Rosey menjelaskan meskipun PAS meletakkan seorang calon berbangsa Iban untuk bertanding di Parlimen Sibuti kelak, ia tidak akan menjejaskan reputasi cemerlang calon BN di kontituensi itu.

“Selama ini, rakyat di Parlimen Sibuti memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir urus mereka dan tidak mungkin mereka menggadai masa depan hanya untuk menyokong parti luar,” jelasnya.

Tambahnya, sesiapa pun calon yang diketengahkan parti pembangkang tidak akan menggegarkan kubu kuat BN sebaliknya ia hanya dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia.

Baca Blog Dalam Facebook Anda