Rosey yang juga ahli Kelab BN percaya PAS tidak akan berjaya menggugat Barisan Nasional di Sibuti!!!?? Pihak pembangkang memang suka bercakap besar sebelum pilihan raya namun apabila tiba PRU13 kelak mereka pasti tidak mampu menurunkan calon yang benar-benar berkaliber!!?!?!
Keputusan PRN 2011 dan PRU12 lepas dapat membuktikan bahawa orang Sibuti tidak akan lupa jasa pemimpin BN yang lalu!!?? Kemajuan dan pembangunan yang dibawa memang berterusan dan tidak pernah janji kosong!!?!? Lihatlah kerajaan pembangkang!!?!?! Sejauh manakah mereka mampu menandingi negeri BN?!?!?!
Sarawak P218, N61, N62
P218 SIBUTI [PRU12] (KAWASAN BARU) |
Jumlah Pengundi: 22,143 Peratusan Kaum: M: 46% C: 22% I: % B/Sab: % B/Swk: 32% L: % |
1. Ahmad Lai Bujang (BN) [8,238] 2. Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR) [4,590] |
Jumlah undi: Majoriti: 3648 Undi rosak: 192 |
Penyandang: |
N61 BEKENU |
Jumlah Pengundi: |
1. Rosey Yunus (BN) (4,946) 2. Dayang Juliana Awang Tambi (PCM) (284) 3. Thony Badak (Snap) (570) 4. Ishak Mahwi (PKR) (1,232) |
Majoriti: 3,714 Jumlah undi: 7,135 Undi rosak: 103 |
Penyandang: Rosey Yunus (BN) |
N62 LAMBIR |
Jumlah Pengundi: |
1. Ripin Lamat (BN) (4,625) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) (3,104) 3. Johari Bujang (Snap) (693) |
Majoriti: 1,521 Jumlah undi: 8,565 Undi rosak: 143 |
Penyandang: Aidan Wing (BN) |
BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri: Rosey
Posted on April 4, 2012, Wednesday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada pembangkang yang berhasrat untuk menawan Sarawak meskipun menang beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus berkata, kerajaan BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri meskipun parti lawan mengetengahkan calon tempatan.
“Ini bukan soal calon sebaliknya ia berkaitan dengan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan yang mampu membawa perubahan dan membela nasib mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, meskipun pembangkang mulai mencongak peluang dan menyasarkan beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, namun ia tidak semudah yang dijangka.
“Kita percaya semua penyandang kerusi Parlimen di kontituensi masing-masing tidak akan membenarkan parti luar datang dan membantutkan semua pembangunan yang dirancang kerajaan untuk rakyat,” jelasnya.
Rosey yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga menyifatkan hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada rakyat.
“Mereka (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan positif kepada rakyat sebaliknya mereka hanya merosakkan perubahan yang sudah dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk rakyat,” jelasnya.
Mengulas mengenai sebuah parti pembangkang yang mengetengahkan calon tempatan untuk bertanding di Parlimen Sibuti, beliau memberitahu ja hanya satu taktik untuk mengaburi mata rakyat.
“Pembangkang licik dan mempunyai pelbagai cara untuk mengaburi mata rakyat termasuk mempergunakan orang tempatan untuk mewakili mereka bagi mencapai agenda tertentu,” tegasnya.
Rosey menjelaskan meskipun PAS meletakkan seorang calon berbangsa Iban untuk bertanding di Parlimen Sibuti kelak, ia tidak akan menjejaskan reputasi cemerlang calon BN di kontituensi itu.
“Selama ini, rakyat di Parlimen Sibuti memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir urus mereka dan tidak mungkin mereka menggadai masa depan hanya untuk menyokong parti luar,” jelasnya.
Tambahnya, sesiapa pun calon yang diketengahkan parti pembangkang tidak akan menggegarkan kubu kuat BN sebaliknya ia hanya dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia.
0 comments:
Post a Comment