Tuesday, April 17, 2012

PAS Bukan Pilihan Rakyat Sarawak Dan Harus Ditolak !?!?!

Rakyat Barisan Nasional Sarawak memang tidak gentar kepada PAS, PKR atau DAP kerana mereka ini semua seperti beruk!!!??  Mereka hanya tiba memberi gula-gula PRU13 selepas itu akan kembali ke semenanjung!!??   Rakyat Sarawak tahu hanya Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Najib Razak yang akan bertahan!!??  Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional!?!  Siapakah yang mampu membawa pembangunan ke Sarawak yang jauh lebih besar dari Semenanjung Malaysia ini!?!?!  Pihak PAS pun tidak mungkin dapat mentadbir Sarawak dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah dilakukan oleh BN!!!??  

Sebaik-baik beruk hanya boleh dilihat dan didengar tetapi jangan disokong sekali-kali!?!?! Berilah mereka pisang supaya mereka lekas kembali ke dalam sangkar !?!?!?!

Rakyat Sarawak harus pertahan negeri daripada dirampas PAS

Posted on April 17, 2012, Tuesday
MIRI: Rakyat Sarawak harus mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal tiba.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, anak jati sendiri adalah pilihan terbaik terutama dari segi pentadbiran politik.

“Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?” soal beliau pada satu Majlis Muzakarah dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Dewan Masyarakat Bekenu pada petang Ahad lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Pengarah Jentera Pilihan Raya Sibuti Yusuf Sani Wahab dan semua jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibuti.

Menurutnya, jika rakyat Sarawak masih sayangkan negeri ini, sudah pasti PAS dan sekutunya yang lain harus ditolak dan jelas bukan pilihan dalam PRU13.

“Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua,” katanya dengan penuh semangat.

Selain itu, beliau turut mengingatkan rakyat supaya terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) demi mempertahankan Putrajaya.

Ini kata beliau demi meng-elakkan kawasan nadi peme-rintahan kerajaan sekarang daripada ditawan oleh pihak lain yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Demi mempertahankan semuanya, hanya satu sahaja harus dipilih dan tidak harus ada pilihan selainnya iaitu BN dalam PRU13,” ujarnya.

Beliau pada masa sama turut menasihati semua ahli dan jentera parti untuk bersatu padu dan saling bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya nanti.

“Jika ada masalah atau rasa tidak puas hati, bawalah ke meja bulat untuk berbincang, jangan buat tindakan sendiri,” ingat beliau lagi.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sibuti dan sebelumnya, simulasi (dry-run) untuk menghadapi PRU13 turut diadakan.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda