Sunday, April 15, 2012

Kelantan PAS Belum Kembalikan Tanah Adat Orang Asli!!?!?

Kerajaan Kelantan PAS masih belum mengembalikan tanah adat orang asli?!?!! Sudah terlupakah TG Nik Aziz atau memang tidak pernah berniat untuk mengotakan janji!?!?!  Ini sungguh berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, khususnya dapat dilihat dari segi tanah NCR yang diserahkan kepada empunya tanah!!!???  Kalau PAS memerintah alamatnya tanah NCR pasti dikebas oleh PAS untuk dijual kepada DAP!?!?!?!

Mahukah kita melihat tanah yang telah diusahakan oleh nenek moyang kita terlepas kepada pakatan haram!?!!?  Mereka ini belum pandai lagi mentadbir negeri mahupun negara dan pastinya tanah adat dan NCR di seluruh Malaysia akan dijual sesuka hati mereka!?!?!  Pakatan Haram tidak pernah mempercayai polis kerana mereka mengupah samseng DAP yang biaDAP untuk menegakkan kuasa mereka!?!!?  Jangan mudah terpedaya dengan gula-gula pembangkang yang datang ke Sarawak hanya untuk berkempen dengan menabur janji manis!!?!?  Mereka sudah dilihat kehilangan Selangor dan Perak dan Kelantan pun akan dimiliki oleh Barisan Nasional!!?!?!  Cukuplah pakatan haram diberi percubaan di Selangor dan hasilnya pasir dan air habis dijual!?!!?  Di Kedah, apabila bencana alam seperti banjir melanda kerajaan mereka cuma berpeluk tubuh dan berharap agar sukarelawan BN yang bekerja keras kerana mereka tiada pengalaman untuk mentadbir kerajaan semasa darurat!?!?!? Kelantan masih banjir setiap tahun dan tiada program mencegah atau mengurangkan kemusnahan harta benda akibat banjir!!?!?  Lihatlah di Belanda, mereka mampu mengawal dan menyalurkan air bah sehingga tidak mungkin adanya kemusnahan harta benda sekiranya air bah melanda!!?!?

Fikirkanlah, kerajaan Pakatan Haram PAS tidak pandai mentadbir!?!!?  Ingatlah tanah kita akan tergadai apabila pakatan haram memerintah!!!?!?

Lebih 400 Orang Asli buat bantahan depan pejabat SUK Kelantan


KOTA BAHARU 15 April – Lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.
Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.

Azmi kemudian menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhamad, selepas gagal memasuki pejabat berkenaan berikutan pintu pagar pejabat itu ditutup dengan kawalan polis.

Bercakap kepada pemberita, Azmi berkata pihaknya berbuat demikian hari ini memandangkan kerajaan negeri masih gagal menunaikan janji sekalipun telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan mereka.

Azmi berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 14 Feb 2011, dan sewaktu perjumpaan tersebut Menteri Besar menjanjikan beberapa perkara.

"Antara janjinya untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah tanah Orang Asli, memberhentikan semua aktiviti yang berjalan di atas tanah adat dan membayar pampasan ke atas pokok dan tanaman yang telah dimusnahkan.

"Bagaimanapun sehingga kini janji-janji tersebut masih tidak dikotakan, dan pada 23 November 2011 kami menerima surat daripada Pejabat Menteri Besar yang menjemput kami untuk bermesyuarat, bagaimanapun hanya diwakili oleh pegawai khasnya, Zawawi Muhamad,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda