Friday, April 27, 2012

JKKK Sibuti Menerima MRP Tanda Prihatin Kerajaan BN!?!?!

BEKENU 27 April 2012 -Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada JKKK Kampung dan Rumah Panjang di pejabat beliau di Bekenu pada pagi tadi.  Ini adalah tanda kerajaan BN perihatin dan berharap penerima geran ini akan mengatur perbelanjaan dengan sebaik-baiknya bagi menjayakan kegiatan atau aktiviti di peringkat JKKK mereka.  

MRP adalah milik kerajaan Barisan Nasional untuk membantu meningkatkan kemajuan di peringkat kampung mahupun di rumah panjang.  Ketua Kampung dan Tuai Rumah harus mengadakan mesyuarat dengan menyusun perbelanjaan dan menjelaskan kepada ahli rumah panjang atau penduduk kampung tentang nilai MRP yang akan digunakan untuk membangunkan kawasan mereka.   Semoga ini akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional di Sibuti.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda