Thursday, April 12, 2012

Tingkatkan Kerjasama Antara Kaum Untuk Meningkatkan Taraf Hidup di Sibuti!?!?!

Rakyat dinasihatkan agar sentiasa mendekati kerajaan dan pemimpin kerajaan!!??  Ini untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar kerajaan di samping menyalurkan maklumat daripada akar umbi ke peringkat atasan!!??  Penduduk di Kampung Pelapi kini dapat menikmati balai raya yang baru.  Ini hasil daripada kerjasama dari semua peringkat termasuk penduduk kampung itu sendiri yang mendermakan tanahnya untuk dijadikan tapak kepada balai raya yang baru!!???  Setelah mengenal pasti lokasi tapak maka mudahlah pihak agensi kerajaan untuk membina sebuah balai raya yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk di kawasan tersebut!!?

Inilah juga hasil daripada pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional!!??  Sempena PRU13 yang semakin hampir maka kerjasama antara pemimpin dan rakyat sangat perlu untuk menolak dakyah jahat yang suka memecah-belahkan perpaduan di kawasan tersebut!!?!?!?  Untuk itu, penduduk kampung perlu bersatu untuk menentang dakyah jahat ini yang hanya pandai berkata-kata umpama panglipur lara demi untuk memancing undi!!!??

Semoga rakyat di Sarawak tidak mudah terpedaya dengan agenda jahat pembangkang yang hanya mahu menghancurkan keharmonian di Sarawak!!!??   

Rakyat Perlu Dekati Kerajaan dan Pemimpinnya - Rosey
SERAH KUNCI… Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang menyaksikan kerja penyerahan kunci dari kontraktor kepada ketua-ketua kaum di sini. – ADUM LIU

12/4/2012
 Oleh ADUM LIU Utusan Sarawak

BATU NIAH, Khamis – Jangan meminggirkan diri daripada kerajaan dan pemimpin kerajaan jika mahu mencapai pembangunan dan kemajuan kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.

Rosey Yunus ketika ditemui oleh Utusan Sarawak di Majlis Penyerahan Kunci Balai Raya Kampung Pelapi yang baru siap dibina baru-baru ini berkata, masyarakat kawasan luar bandar dinasihati agar tidak menjauhkan diri mereka daripada kerajaan dan pemimpinnya.

“Jika masyarakat tidak mahu mendekati pihak kerajaan yang dikendali oleh banyak agensinya bersama pemimpinnya, sudah pasti setiap peluang pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka tidak akan tercapai dengan mudah.

“Saya menyeru kepada masyarakat kita di kawasan Parlimen Sibuti yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan supaya terus bekerjasama dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan yang sedia ada lagi kukuh ini,” jelasnya.

Katanya, penduduk di tiga buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Kedayan, Cina dan Iban.  Mereka sangat bertuah kerana telah diperuntukkan sebuah Balai Raya Kampung Pelapi telah disiap dibina dan bernilai RM180 ribu .

Penduduk kampung juga berterima kasih kepada Abu Sukor, seorang dermawan dalam lingkungan 40-an dari Kampung Kayu Kapor yang telah berbesar hati dengan mendermakan tanahnya untuk pembinaan balai raya ini.   Usaha seperti ini memang patut digalakkan daripada orang ramai di samping membantu penduduk setempat.  Janganlah asyik berharap dengan kerajaan kerana ini boleh merumitkan keadaan sekiranya populasi di kawasan tersebut sudah terlampau padat. 

Justeru itu, gunakanlah ia sebaik mungkin demi membawa lebih pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di sekitar kawasan Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor, tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang berkata, dengan adanya kemudahan seperti sebuah balai raya yang baru ini, amatlah diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat di kawasan Sibuti.

“Balai raya kini sangat diperlukan sebagai satu tempat perjumpaan bersama bagi masyarakat disekelilingnya dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti berorientasikan komuniti seperti penduduk-penduduk di kampung lain dengan lebih selamat dan selesa,” tambahnya lagi.
 
Turut hadir ialah Pembangtu Tadbir Daerah Kecil Sibuti, Encik Ali Abdullah, kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua kaum setempat.


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda