Thursday, April 26, 2012

Ahmad Lai Bawa RM20 Juta Ke Kampung Lajong!?!?!

Kini Kampung Lajong, Kuala Niah akan menikmati perhubungan darat yang lebih baik.  Sebelum ini jalan di Kampung Lajong hanya melalui sungai dan pasir sahaja!!??  Dengan adanya peruntukan daripada Kerajaan BN maka dapatlah penduduk di Kampung Lajong untuk menikmati jalan berturap dan tidak perlu mengharapkan kenderaan pacuan empat roda lagi!!??

Mungkin tidak lama lagi akan lebih banyak lagi kemudahan dan infrastruktur dibangunkan di Kampung Lajong yang paling dekat dengan negara jiran.   Berkemungkinan besar industri pelancongan seperti homestay dan pusat peranginan dapat dimajukan selepas adanya jalan berturap!?!!?!  Syabas kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sekali lagi berjaya meningkatkan kemudahan pengangkutan di Sibuti!!?!?
RM 20 juta untuk jalan berturap Kuala Niah

Utusan Sarawak

BATU NIAH, 24 April 2012, Isnin - Kerajaan Persekutuan telah melulus peruntukan sejumlah RM 20 juta untuk membuat jalan berturap dan baik pulih Jalan Kampung Lajong, Kuala Niah pada rolling ketifa, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang hari ini.  

Ahmad Lai Bujang ketika ditemui Utusan Sarawak di Majlis Pengagihan Komputer Riba 1 Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu berkata, peruntukan besar tersebut telah menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap penduduk di kawasan luar bandar.  
"Kita sangat bersyukur kerana permohonan penduduk Kampung Lajong Kuala Niah untuk mempunyai rangkaian jalan berturap sepanjang 15 kilometer ini telah mendapat perhatian menteri kita," katanya.  

Jelasnya, kerja ini akan dijalan untuk rolliing ketiga pada 2013 hingga 2015, pihak kerajaan juga sangat berharap tidak ada sebarang masalah terhadap tanah-tanah sepanjang jalan itu nanti kerana untuk memudahkan kerja perlaksanaannya.  

Beliau menambah kata, jalan ini sangatlah diharapkan dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan kerana masyarakat Kampung Lajong Kuala Niah ini sangat mengharapkan jalan yang baik.  

Kampung Lajong Kuala Niah ini adalah merupakan sebuah kampung berada di penghujung jalan berkenaan, masyarakat di sini ramainya adalah merupakan nelayan dan petani.  Jumlah penduduk di sini adalah sekitar 500 orang dan hampir 200 buah rumah.  

"Saya bagi pihak penduduk Kampung Lajong ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri telah banyak menyalurkan bantuan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan serta perubahan besar di kawasan ini," tambahnya.  

Antara kemudahan yang sudah sampai ke kampung ini ialah bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya berbatu.  

Bantuan dan peruntukan pembangunan untuk bekalan air dan elektrik kita tidak bertumpu ke satu kawasan, malahan kita tetap memberi perhatian kepada masyarakat Iban di rumah-rumah panjang dan Cina di Kampung Pelapi, Lumut, Batu Niah dan semua kawasan kampung di Parlimen Sibuti.  

Justeru itu, sangat berharap masyarakat Sibuti terus memberi kerjasama dan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mencapai lebih lagi pembangunan untuk semua dia Sibuti, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda