Memang benar BN tiada masalah sekiranya ahli Barisan Nasional di Sibuti semua turun mengundi Barisan Nasional!??!?! PBB sahaja mempunyai keahlian seramai 10 000 orang belum lagi ditambah dengan parti komponen BN yang lain seperti SUPP, SPDP, PRS dan Kelab BN Sarawak!!!?? Sekiranya mereka ini semua mengundi BN maka pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menawan Sibuti!?!?!
10 tahun yang lalu Lambir dan Bekenu cuma dihubungi melalui jalan batu dan perahu panjang sahaja!!!?? Lihatlah sekarang jalan berturap, air bersih dan juga elektrik dapat dinikmati!!?? Mungkin tidak lama lagi Bekenu dan Lambir akan mengikuti jejak langkah Betong menjadi daerah di Sarawak!?!?!? Ini akan tercapai dengan adanya pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional!?!?!? Semoga BN tetap di hati rakyat!?!?!?
BN tiada masalah pertahan kerusi Parlimen Sibuti, kata Ripin
Posted on April 16, 2012, Monday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kerusi P218 Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat memberitahu, majoriti penduduk luar bandar khususnya di konstituensi Sibuti masih berpegang teguh menyokong BN.
“Kami melihat rakyat di konstituensi Parlimen Sibuti merupakan penyokong kuat BN dan kami yakin akan mempertahankan kerusi itu pada PRU kelak,” katanya ketika ditemui semalam.
Mengulas mengenai usaha PAS meletakkan calon bumiputera (Iban) untuk bertanding di kerusi P218, beliau memberitahu ia hanya satu cara untuk meraih sokongan rakyat.
“Kami percaya masyarakat Iban berfikiran matang dan profesional dalam menentukan kerajaan yang terbaik untuk mereka dan mereka tidak akan menyokong parti yang pernah menghina masyarakat Iban,” ujarnya.
Beliau memberitahu, presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat Iban pada pilihan raya kecil Batang Ai lalu dan ia masih dalam ingatan kaum itu.
“Sekarang adalah masa terbaik untuk menolak parti luar daripada menapak kaki ke Sarawak bahkan parti yang pernah menghina kaum di Sarawak dahulu perlu disenaraihitamkan,” katanya.
Ripin menjelaskan, hampir sebahagian besar kaum Iban terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan dan mereka dapat berfikir secara rasional untuk memilih kerajaan.
“Kaum Iban perlu menolak ideologi pembangkang dan cubaan mereka meletakkan calon daripada kaum itu pada PRU kelak adalah satu cara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat,” jelasnya.
Selain itu katanya, kerajaan telah banyak berusaha membangunkan kawasan luar bandar bahkan sebahagian besar kawasan itu dilengkapi infrasktruktur asas,” tegasnya
Ya benar...tiada masala...ditambah lagi dengan cadangan berikut;
ReplyDelete1. Penyandang sekarang mesti dikekalkan untuk meneruskan kesinambungan agenda BN di Sibuti..
2. Jika calon baru diketengahkan oleh BN sudah pasti BN berundur sedikit dan perlu memasukkan low gear bagi memperkuatkan sokongan rakyat Sibuti. Bukan menafikan calon baru, namun perlu diingat bahawa penyandang sekarang baru sahaja sepenggal...dan jalan sudah dirintis dengan baik dan luas...jadi kita teruskan melalui jalan itu...hasil pemerhatian banyak sudah denyut nadi rakyat telah didengar dan dipenuhi oleh beliau sebagai wakil untuk mengemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Jadi secara kasarnya pimpinan beliau di Sibuti dianggap amat berjaya...
3. Kekuatan BN Sibuti amat sukar diganggu gugat oleh pembakang...walaupun sehebat mana keglamoran calon mereka....kerana ini tidak akan menjamin kualiti kepimpinan calon mereka...rakyat Sibuti sudah masak dengan taktik pembakang...
4. Semangat berpasukan kepimpinan BN Sibuti cukup mantap di mana kedua-dua ADUN Bekenu dan Lambir dilihat sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyandang sekarang. Inilah tonggak sebenar BN Sibuti...yang mempunyai asas kesefahaman yang jitu antara mereka bertiga. Ramuan yang cukup iaitu bapa, ibu dan anak muda...oleh itulah semua keperluan rakyat Sibuti dapat dipenuhi secara bijaksana dan saksama dari ketiga-tiga generasi ini...
5. Kepimpinan BN di cawangan dan ranting yang mempunyai sedikit pandangan yang berbeza hendaklah mencari titik persamaan bagi memperkukuhkan lagi BN Sibuti..
6. Elakkan mempromosi secara percuma calon yang bakal menentang BN di Sibuti...semakin banyak yang kita dedahkan tttg dia semakin galaklah populariti dia...
7. Orang BN perlu bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk memenangkan calon BN nanti...jangan terlalu mengharapkan imbuhan yang tidak setara dengan sumbangan kita kepada BN...kerana perjuangan ini adalah atas dasar keikhlasan dan kesetiaan...
8. Kita mesti menangkis dan menyerang secara berhemah...tidak terlalu mengikut emosi dan kedaerahan...kalau tidak kita sudah kecundang sebelum berperang...
9. Luruskan saf BN Sibuti...jika ada sengketa lama yang menghiris kalbu...kita sembuhkan segera ...bersatulah...jangan terlalu bermain politik sesama sendiri...dan juga dengan rakyat...biarlah berpolitik secara muafakat...
10. Buatlah sesuatu yang berfokus...iaitu mengekalkan kuasa BN di Bumi Sibuti...elakkan adu domba...
11. MP dan ADUN-ADUN hendaklah memberi satu contoh terbaik samada di mata atau segi percakapan dan perlakuan yang boleh meyakinkan penyokong pembakang agar kembali bersama BN...
12. Sedikit sebanyak pandangan ini saya rasa akan memberi kesan yang positif kepada BN Sibuti...saya amat percaya ramai lagi rakan2 diluar alam maya ini mempunyai padangan dan cadangan yang bernas lagi untuk memenangkan calon BN nanti...jangan biarkan Sibuti dalam kepayahan jika sudah ada jalan yang mudah untuk kita memenanginya...