Tuesday, April 3, 2012

PAS Sudah Lapuk Guna Isu Lapuk di Sarawak!!?!!!?

PAS terdesak untuk memenangi warga Sibuti dengan meletakkan calon Iban!!??  Sebelum ini semasa PRK Batang Ai, PAS telah kecundang dan menghina orang Iban yang masih pakai cawat kata Hadi Awang!?!?  Mana mungkin perkara ini bisa dilupakan!!??  Selagi Hadi Awang tidak pakai cawat kenapa masih mahu mengambil orang Iban sebagai calon PAS?!!  Saya rasa Robby tidak akan bertanding untuk PAS memandangkan kaum Iban pernah dihina oleh PAS semasa PRK Batang Ai!!??

PAS juga banyak memainkan isu lapuk!!? Bukan itu sahaja, PAS tidak pandai mengambil hati penduduk!!?!?  Setakat ini, PAS hanya berbekalkan beras, gula dan mi maggi untuk berkempen di sekitar kawasan Sibuti!?!?!  Mungkin PAS ingat penduduk di Sibuti ini tidak cerdik dan sanggup dirasuah dengan gula, beras dan mi maggi sahaja!?!?!

PAS pasti lupa kerajaan BN telah memberikan yang terbaik untuk Sibuti melalui calonnya iaitu Haji Ahmad Lai!!??  Bukan itu sahaja kerajaan BN telah memberi Baucar Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), Komputer Riba 1Malaysia, seratus Ringgit seorang untuk setiap pelajar di sekolah, bayaran perkhidmatan percuma bagi warga emas di klinik dan hospital di Malaysia??!!  Mungkin pihak PAS juga menerima ini semua menunjukkan mereka PAS ini tidak mampu menandingi sistem kerajaan kebajikan Barisan Nasional!!??  Lihatlah di Kelantan, berapa dekad diperintah oleh PAS, jalan raya masih sempit untuk tahun 60-an di Kota Bharu!!??  Kalau memerintah di Kedah, apabila banjir pemimpin PAS juga yang angkat kaki dahulu dan meninggalkan rakyat untuk tenggelam dilanda banjir!!??  Inikah yang kita mahu dari PAS sekiranya mereka memenangi kerusi Sibuti!?!?!?

BN tidak akan beri laluan mudah

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 3, 2012, Tuesday
Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak gentar berhadapan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang

MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak akan gentar berhadapan dengan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri berkata, sesiapa pun calon pembangkang yang berhasrat untuk merampas kerusi yang dipegang oleh calon Barisan Nasional (BN), maka BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.

“Kami tidak akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk merampas kerusi kami sebaliknya kamiakan mempertahankan ia secara berhabis-habisan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jamali memberitahu, pembangkang akan menggunakan seribu satu cara untuk meraih sokongan termasuk memanipulasi isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

“Sudah pasti kerajaan mempunyai strategi tersendiri untuk menangkis kenyataan palsu pembangkang dan kami akan kerap turun padang memberi maklumat sebenar kepada rakyat,” jelasnya.

Malah katanya, setiap isu yang diketengahkan pembangkang kebanyakkan isu lapuk dan sebahagian besar isu terbabit telah diselesaikan atau diungkai kerajaan BN.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang kerana mereka hanya bijak mencari ruang menghasut rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan pandang enteng calon pembangkang meskipun mereka bertanding di kawasan kubu kuat BN.

“Meskipun majoriti rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN, namun setiap calon BN tidak akan pandang ringan lawan mereka sebaliknya terus berusaha memastikan rakyat terus sokong kerajaan,” jelasnya.

Semalam, PAS Sarawak menamakan seorang calon tempatan berbangsa Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibuti selain menamakan dua lagi individu lain.

Mengulas lanjut, Jamali memberitahu semua rakyat termasuk parti komponen BN telah memberi persetujuan dan sokongan untuk mengekalkan Ahmad Lai sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

“Secara peribadinya saya melihat pihak pembangkang terdesak untuk menang sehingga meletakkan seorang calon tempatan bagi mencabar kewibawaan calon BN yang juga daripada kalangan rakyat tempatan,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda