Pihak pembangkang suka ngerepak dan akan menghentam apa jua jenis pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!?!?! Mereka sememangnya hanya pandai berkata-kata namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah di kawasan mereka!?!!? Di Kelantan orang Asli masih belum menerima tanah adat mereka di bawah PAS Kelantan!?!?! Di Pulau Pinang, masalah YDP MAIPP masih menjadi isu sesama PR!!?!?
Kalau sudah menjadi kerajaan pusat agaknya pasti ramai rakyat Malaysia yang akan jatuh miskin ditimpa cukai yang banyak!?!?! Sememangnya PR akan berkuasa selama satu penggal sahaja dan habislah Malaysia akan digadai kepada Bank Dunia dan sebagainya malaun-malaun yang hanya menunggu masa!?!?! Marilah kita bersama-sama menyokong TIBAI!!?!? Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim!?!!
Mahukah kita melihat Malaysia kucar-kacir kerana inginkan perubahan ala PR!?!?!
Jangan terima pandangan hentam kerajaan hanya ingin meraih undi : Ahmad Lai
Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyarankan supaya rakyat tidak mudah menerima pandangan parti luar yang menghentam kerajaan semata-mata ingin meraih undi.
Beliau memberitahu, pembangkang ketika ini mempergunakan pelbagai cara untuk menghasut rakyat termasuk memanipulasi isu-isu melibatkan pembangunan kerajaan."Mereka akan terus mengkritik semua bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat," katanya kepada Utusan Borneo semalam.Menurutnya, pembangkang hanya pandai bermain kata-kata atau 'gerepak' tentang sesuatu isu tetapi mereka sendiri gagal menyelesaikan isu rakyat khasnya di kawasan pentadbiran mereka."Tidak perlu mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan nasib rakyat namun pada hakikatnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menjadi pemerintah," jelasnya.Ahmad Lai memberitahu semua isu yang cuba dibangkitkan pembangkang ketika ini adalah hasutan dan fitnah semata-mata demi untuk meraih kepercayaan rakyat."Jangan mudah menerima ideologi pembangkang kerana mereka mengeluarkan sesuatu isu hanya untuk memenuhi agenda tertentu khususnya pada musim pilihan raya," ujarnya.Rakyat tambahnya, perlu menilai sendiri sumbangan yang telah diberikan kerajaan kepada mereka selama ini dari sudut ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal."Semuanya yang kita ada sekarang (infrastruktur) adalah bukti kemajuan yang dibawa kerajaan dan jika rakyat berpaling tadah maka kemajuan ini akan terhenti dan rakyat akan kerugian," jelasnya.Sebagai contoh katanya, negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mempunyai pelbagai isu rakyat yang tidak mampu diselesaikan Pakatan Rakyat (PR)."Rakyat di bawah pentadbiran PR ketika ini sudah menolak parti itu kerana mereka gagal menyelesaikan isu-isu melibatkan kemahuan dan tuntutan rakyat," katanya.
0 comments:
Post a Comment