Tuesday, April 3, 2012

Pemuda PBB Sentiasa Pertahankan Kubu!!?!?!

Pemuda hendaklah proaktif dalam menghadapi PRU13!!?/  Kalau dilihat jentera Pakatan haram, mereka semua dibekalkan dengan alat komunikasi yang tercanggih seperti BlackBerry, iPhone, iPad, Samsung Galaxy, Samsung S2 dan mereka melibatkan diri dalam ruang siber melalui twitter dan facebook!!??  Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa memang kehadiran PBB dalam ruang siber tidak banyak berbanding dengan pihak pakatan haram!?!?!  Tetapi kita masih boleh bernafas dan beriadah apabila pihak pakatan haram menceroboh kawasan PBB dan cuba mencari isu lapuk pada hari Sabtu dan juga Ahad!!??  Mungkin sikap ini perlu diambil iaitu bekerjasama mengenal pasti kawasan yang diceroboh oleh pihak pembangkang dan tidak membenarkan mereka sesuka hati mengutuk dan menghina kerajaan yang banyak berkorban untuk rakyat!!?!?!

Semoga pihak pemuda sentiasa menjaga aktiviti dan gerak geri pembangkang di kawasan mereka!?!?!  Pemuda juga hendaklah memberitahu pihak cawangan dengan segera sekiranya kubu mereka dimasuki oleh pakatan haram!!??  Sepatutnya mereka bersikap proaktif juga dan tidak membenarkan rakyat tertipu dengan mudah oleh pihak pembangkang yang hanya pandai berkata- kata tetapi tidak pandai melakukan kerja!!!?!

Pemuda perlu lebih agresif hadapi PRU13 
Posted on April 3, 2012, Tuesday

Harus berani depani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi guna ruang siber untuk dekati pengundi
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) perlu bertindak lebih agresif membantu jentera parti dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR13U).
Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Pemuda PBB harus berani mendepani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi menggunakan ruang siber untuk mendekati para pengundi.
“Kita perlu akui penggunaan ruang siber masih lemah dan kita tidak harus menoleh ke belakang untuk berdepan dengan musuh kita.
“Justeru, kita perlu melaku-kan usaha yang lebih drastik dengan menggunakan ‘perang siber’ kerana golongan muda ternyata cenderung menggunakan Internet dan ini membolehkan kita dapat mendekati mereka,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda PBB Negeri di sini malam Ahad lalu.
Abdul Karim menarik perhatian bahawa dalam ‘perang siber’, ahli-ahli pergerakan Pemuda tidak perlu takut dan mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran pihak pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia berkata, pembangkang seperti PKR dan DAP mungkin agak agresif dalam pendekatan mereka justeru kita (PBB) harus lebih agresif.
“Saya percaya Pilihan Raya Umum mungkin dalam tempoh terdekat, justeru kita mesti tahu peranan kita dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.
“Kita diakui amat sukar kerana kita tidak hanya mahu menang, tetapi untuk memenangi secara besar-besaran terutama kerusi di kawasan PBB,” katanya.
Hadir sama ialah Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Abdul Karim yang disifatkan sebagai orang yang masih ‘rapat’ dengan Pemuda PBB kerana peranan yang lalu sebagai ketua pemuda dan bekas timbalan ketua.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu bahawa kerajaan mempunyai banyak program termasuk Parlimen Belia untuk belia bagi membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan negara.
“Kita harap pelaksanaan Parlimen Belia nanti dapat membantu golongan pemuda untuk bersama-sama membantu kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PBB Daniel Jubang Kanyan, Ketua Pemuda PBB Zon Kuching Wan Hamzah Wan Paie dan pengerusi penganjur Irwan Zulkarnain Hasbi.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda