PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Jelajah Janji Ditepati. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Janji Ditepati. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Jelajah Janji Ditepati!!?!?

Jelajah Janji Ditepati mungkin menyebabkan Anwarinas semakin gila kerana janji ditaburi mereka tidak menjadi!!??  Baru-baru ini, Anwar menyatakan hutang PTPTN akan dimansuhkan dan diselesaikan oleh Petronas?!?!!  

Janganlah hairan, kalau jurusan Kajian Melayu disuruh memegang kewangan beginilah jadinya!!?  Mereka hanya pandai janji Melayu!!?!!?  Kata nak jumpa jam 2 petang tetapi tiba jam 10 malam!!!??  Inilah janji Anwar Ibrahim sekiranya diikut maka kelaparanlah rakyat Malaysia!!??  Setakat berbahasa Melayu memang kepakaran Anwar!?!?!  Ini berbeza dengan anak bekas Perdana Menteri yang kini menjadi Perdana Menteri!!??  Inilah yang menyebabkan Najib sudah faham selok-belok politik Anwar!!?  Najib sudah dilahirkan di dalam suasana politik dan tahu gerak-geri pihak pembangkang!!??  Ini menyebabkan Najib sukar untuk ditipu oleh golongan Anwarinas!!??  Najib juga tahu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang disenangi dan digemari ramai!!??  Pengalaman silam mungkin sudah mengajar beliau tetapi apakah yang dapat diperolehi sekiranya Perdana Menteri daripada jurusan Kajian Melayu!?!?!?
Janji Ditepati vs Janji Ditaburi aka Janji Dimungkiri MyKMU.net
April 8, 2012 

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin pada mata sesetengah pihak kelihatan seorang ahli politik biasa. Dari segi sejarahnya, beliau tidak terlibat dalam mana-mana pergolakkan yang berlaku dalam UMNO malah kekal setia pada parti dalam keadaan apa sekalipun.

Sekurang-kurangnya itu yang kelihatan di dasar.

Tapi hakikatnya Najib adalah seorang pemimpin politik yang penuh dengan strategi dan gaya kepimpinan yang tersendiri. Beliau tahu dimana dan bila untuk mencelah di antara pelbagai isu yang dilemparkan Pakatan harami terhadap kerajaan pimpinannya.

Tidak hairan kenapa Pakatan harami berusaha sehabis baik untuk memastikan Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan mencipta pelbagai siri pembohongan yang jijik dan tidak masuk akal, termasuk yang berkaitan dengan pembunuhan!!!

Kerana Pakatan harami, terutama Anwar Ibrahim tahu, Najib adalah seorang yang kurang bercakap tapi cekap dalam menjalankan kerjanya. Justeru menyusahkan lagi Pakatan harami nak meneruskan zaman kegemilangan 2008.

Seperti yang dilihat ramai rakyat hari ini. Dikala Pakatan harami meninggalkan hampir kesemua janji pilihanraya 2008 mereka untuk mencipat janji baru yang nampak popular, Najib tampil dengan pelbagai program menunjukkan kepada rakyat akan segala janji dan pencapaian yang telah ditunaikan kepada rakyat.

Sudah tentu bila yang benar-benar kejadian lawan bayang-bayang, mana mungkin bayang-bayang boleh menang.
Lebih 200,000 rakyat mengerumuni Najib Di Batu Pahat
Inilah taktik politik yang sebenarnya, Najib tahu itu dan beliau mengamalkannya dengan penuh semangat dan keberanian. Apa orang nak kata, itu lantaklah, yang penting apa beliau cakap, beliau akan pasti ia dijalankan.

Berbanding dengan Pakatan harami yang hanya pandai tabur janji tapi setakat yang kita lihat di negeri-negeri yang depa perintah, 99% daripadanya tidak dilaksanakan. Sebaliknya, segala macam keburukkan pulak yang datang seperti berlaku di Selangor.

Sampah yang tidak berkutip akhirnya menjadi ulat yang membusuk dan menganggu halwa bau rakyat sekitar.

Tidak setakat masalah bau, sampah yang dihanyutkan air hujan ini menyumbat longkag-longkang yang akhirnya menyebabkan bajir kilat luar biasa seperti yang dilihat di Kelang dan Kajang. Semua ini akibat dari kelemahan dan janji yang tidak ditunaikan pakatan haram pembangkang.

Bukan sebab taburan hujan luar biasa yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sebab itu bila depa tawar janji baru yang bernilai berpuluh bilion, ramai yang mencebik. Yang tak berapa nak juta ini pun tidak mampu dilaksanakan, nak cerita apa pasal berpuluh billion lagi. Semuanya hanya umpan untuk menarik undi, bukan nak laksanakan benar pun.

Sedangkan Najib dan BN pimpinannya, terus melaksanakan janji yang nampak dan memberi kesan langsung kepada rakyat.

Ibu bapa yang anak bersekolah lega bila buat pertama kali kerajaan meluluskan bantuan persekolahan RM 100 untuk seorang anak, yang lebih dari itu, bayangkanlah betapa punya lega.

Abih tidak modal pembangkang untuk menafikan jasa Datuk Najib ialah dengan menuduh kerajaan meminjam untuk melaksanakan semua program tersebut, malah ada juga yang kata Datuk Najib mengungkit dan tidak memandang ke depan, setiap kali beliau menyebut semua kejayaan yang telah diusahakan kerajaan BN pimpinannya.

Tapi dalam masa yang sama, Pakatan harami nak kita percaya janji yang ditabur Anwar bersandarkan air liur semata-mata itu?

Boleh jalan…

Sunday, April 8, 2012

Bongkar!!?!? Senjata Rahsia Paksi BN!!?!?!

Pembongkaran secara besar-besaran di seluruh negara mengenai rahsia paksi baru BN!!?!?  Dalam mengikuti program Jelajah Janji Ditepati barulah terserlah rahsia paksi BN!!??  Perdana Menteri yang kini dalam JJD untuk membincangkan mengenai paksi BN secara bersemuka!!??  Ini menyebabkan pihak pembangkang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya rahsia besar paksi BN!?!?!! Rupa-rupanya terdapat dalam laporan di bawah!?!?!
Rakyat paksi BN
Oleh Ismail Mat, Farid Noh, Iskandar Ibrahim dan Mustapa Ismail
bhnewst@bharian.com.my
2012/04/08

NAJIB dikerumuni orang ramai yang menyambut beliau pada program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, semalam. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim Janji kerajaan sudah jadi realiti dalam tempoh hanya tiga tahun: Najib

BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbiran yang berpaksikan kepentingan rakyat akan terus menjadi pegangan dan keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara. Perdana Menteri berkata, perjuangan yang sentiasa mengutamakan rakyat serta menunai segala janji yang dibuat selama ini sudah terbukti apabila rakyat terus memberikan sokongan kepada BN untuk mentadbir negara sejak 55 tahun lalu.

Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal. - Najib Razak, Perdana Menteri Justeru, beliau meminta rakyat terus memberi mandat kepada BN ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita sudah lakukan banyak pencapaian dalam masa tiga tahun. Jadi, boleh bagi kita (BN) lima tahun lagi tak?” tanya beliau sebelum disahut dengan laungan jawapan ‘boleh’ oleh hampir 70,000 hadirin pada pelancaran program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat kebangsaan, di Stadium Batu Pahat, di sini semalam.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noraini Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri, Prof Datin Dr Jamilah Ariffin.

Najib berkata, berbanding janji pembangkang, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan bukan janji kosong, sebaliknya sudah menjadi realiti dan kenyataan dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya.
“Sepanjang 55 tahun mentadbir negara, saya dapat simpulkan dua sebab besar mengapa hari ini lebih baik daripada semalam. Ingsya-Allah, esok lebih baik daripada hari ini, sebab kita (BN) tidak lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.

“Bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union, menuntut kemerdekaan dan menentang komunis, kita mengutarakan konsep memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar pembangunan nasional yang semuanya berpaksikan kepentingan rakyat yang sentiasa didahulukan.

“Kita buat segala-galanya berdasarkan kehendak rakyat, laksana dan tunaikan apa yang dijanjikan kepada mereka. Semua ini menjadi tonggak keyakinan rakyat untuk terus meletakkan amanah kepada BN kerana keyakinan yang semakin tinggi,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangkang kini umpama kilang mengeluarkan pelbagai janji tetapi gagal memenuhinya termasuk janji terbaru menghapuskan pinjaman Pembiayaan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 lalu, berapa banyak janji yang mereka buat tetapi tak banyak yang ditunaikan. Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal,” katanya.

Berikutan itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu buat kali kedua pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai janji manis pembangkang.

“BN sentiasa menepati janji dan kita akan teruskan, tetapi jangan biarkan diri kena tipu buat kali kedua dan ditelan janji pembangkang yang kini ada janji baru,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap ringkas kepada media selepas jamuan tengah hari bersama rakyat, Perdana Menteri menyifatkan JJD sebagai satu program pengukuhan kepada imej kerajaan iaitu apabila berjanji, ia akan menunaikannya.

“Kita mahu dasar transformasi didukung setiap lapisan masyarakat dan rakyat, termasuk belia dan NGO sebagai kesepaduan dalam memajukan negara. Kita mahu ia memberi kesan sebenar dan faedah kepada rakyat. Kita berhasrat membawa jelajah ini ke seluruh negara mengikut wilayah, mungkin perluaskan ke Sabah dan Sarawak, Utara dan Pantai Timur,” katanya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda