PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Abgimuddin Pengecut. Show all posts
Showing posts with label Abgimuddin Pengecut. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Lahad Datu: Raja Muda Pengecut Golong Tikar!!

Siapakah yang bercakap besar tidak akan meninggalkan Sabah selagi jasad dikandung badan?  Siapakah yang berani kesak tetapi sebenarnya pengecut?

Inilaqh yang terjadi sewaktu Sultan Brunei memohon pertolongan Sultan Sulu sebelum ini!  Sultan Sulu telah lari lintang pukang membiarkan Sultan Brunei berperang sendirian tanpa pertolongan!  Siapa yang menuntut Sabah tetapi tidak menunaikan janji terlebih dahulu?  Jawapanya tidak lain dan tidak buka Sultan Sulu!!!

Keluarga pengecut ini memang tidak patut menjadi Sultan, eloklah mereka berebut takhta kerana tiada keturunan Sulu yang layak sebenarnya sekarang ini!  Kalau ada pun tiada seorang pun yang berani tampil bersemuka antara satu sama lain mengakibatkan berpuluh orang menggelar diri mereka Sultan Sulu!!!  Hina sungguh Sultan Sulu sehingga pengikutnya bertelagah mencari tuan?
Azzimudie Kiram tinggalkan Sabah sejak 11 Mac lepas

LAHAD DATU (22 Mac 2013-Utusan Borneo): Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan terbaharu sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. — Bernama

Saturday, March 16, 2013

Kepala Tiram Bakal Berkecai!!


Menurut Keris Putera, komando Malaysia sudah menjejakkan kaki di hadapan rumah Kiram III! Sebagai tandanya mereka telah meninggalkan duit syiling terbaru 50 sen kepada seorang budak yang bermain di hadapan rumah Kiram.

Inilah modus operandi, komando atau perisik negara. Mereka tidak akan meninggalkan peluru tetapi simbolik keamanan. Ini juga berupa amaran agar Kiram tidak memperlekehkan kedaulatan Sabah di bawah Malaysia!

50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM 15 Mac 2013

oleh Keris Putera




Gempar, seluruh Filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat.

Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..
hahahahahhaha

Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura

Di Bukit batok..

- Posted using BlogPress from my New iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda