PM lancar ‘1Malaysia Privilege Card’
Utusan Borneo 8 Ogos 2012, Rabu
Kemudahan diskaun barang, perkhidmatan untuk polis dan tentera
PUTRAJAYA: Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad ‘1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan “Wira Yang Tidak Didendang”, sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
“Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau ‘pendapatan boleh guna’ rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 ini menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan, yang membolehkan pemegang kad itu menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan dan banyak lagi, yang senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara, dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringit.
Beliau berkata, pencapaian objektif yang lebih pantas diperlukan dalam usaha membawa transformasi besar negara, di samping penjanaan idea-idea yang kreatif, serta pelaksanaan agenda yang lebih cepat, tepat dan berintegriti.
“Saya percaya melalui usaha sebegini dan daripada dasar-dasar yang kerajaan jalankan, kejayaan negara akan menjurus kepada apa yang kita impikan, tapi segala impian kita ini tonggaknya mesti kepada keselamatan, keamanan dan kestabilan,” katanya.
Inilah jaminan masa depan kita, di samping komitmen kita mempertahankan ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara, dan tuan-tuan dan puan-puanlah yang menjamin segala impian boleh menjadi realiti. Tuan-tuan dan puan-puan adalah wira yang tidak didendang tapi besar sumbangan dan pengorbanan kepada rakyat dan negara,” tambahnya.
Perdana Menteri kemudiannya melawat ruang-ruang pameran yang disertai oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Terdahulu, Husni dalam ucapannya di majlis itu berkata inisiatif 1Malaysia Privilege Card dilaksanakan dalam tiga fasa, yang bermula dengan pegawai serta anggota beruniform tentera dan polis, diikuti dengan fasa kedua yang melibatkan pesara kedua-dua pasukan, dan fasa ketiga melibatkan lain-lain kategori perkhidmatan yang akan dikenal pasti nanti.
Menurutnya bermula hari ini kad berkenaan akan diagih secara berperingkat kepada 241,000 pegawai serta anggota, melibatkan 130,000 dari pasukan tentera dan 111,000 dari pasukan polis. — Bernama
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Angkatan Tentera Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Angkatan Tentera Malaysia. Show all posts
Wednesday, August 8, 2012
Kad Keutamaan '1 Malaysia' Untuk Wira yang Tidak Didendang!
Wednesday, August 08, 2012
Angkatan Tentera Malaysia, Kad Diskaun, Kad Keutamaan 1 Malaysia, Najib Razak, Polis Di Raja Malaysia, Presiden UMNO, Wira Yang Tidak Didendang
No comments
Kad Keutamaan 1Malaysia yang dilancarkan akan memberi kuasa untuk membeli dan penambahan pendapatan boleh guna rakyat untuk wira yang tidak didendang! Ia akan memberi diskaun sebanyak 5 hingga 25 peratus daripada kira-kira 20 buah syarikat yang mengambil bahagian.
Semoga wira yang tidak didendang ini akan meningkatkan kecekapan mereka untuk memastikan Malaysia selamat daripada anasir liar di dalam negara.
Saturday, July 28, 2012
Jiwa Murni Cuba Hubungkan Bario dan Ba'kelalan!
Saturday, July 28, 2012
Angkatan Tentera Malaysia, Askar, Barisan Nasional, Jalan Bario Ke Ba Kelalan, Jiwa Murni, Sarawak, Stephen Mundaw, Zahid Hamidi
No comments
Syabas di atas usaha skot-skot yang berusaha untuk menghubungkan jalan dari Bario ke Ba'kelalan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran ini terdiri dari pelbagai faktor dan akan mengambil masa lebih daripada dua atau tiga tahun. Faktor cuaca dan keadaan muka bumi adalah yang paling mencabar kerana terdapat bukit, gunung dan juga sungai yang terpaksa diredah untuk menghubungkan dua tempat ini.
Tahniah sekali lagi kepada pendorong dan penggerak utama Projek Jiwa Murni ini!
Cuaca cabaran utama bina jalan Bario-Ba’ Kelalan
Posted on July 28, 2012, Saturday
MIRI: Masalah cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membina jalan menghubungkan Bario dan Ba’Kelalan.
Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, teknologi yang digunakan dalam pembinaan jalan berkenaan amat memerlukan keadaan cuaca baik.
“Pembinaan (jalan Bario-Ba’ Kelalan) sangat mencabar kerana amat bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya kepada Utusan Borneo ketika Program Jiwa Murni di kawasan Bario baru-baru ini.
Menurutnya, teknologi penstabil tanah yang digunakan untuk membina jalan tersebut memerlukan cuaca panas selama tiga atau empat hari bagi memastikan permukaan tanah kering.
Bukan setakat itu, cabaran geografi juga salah satu faktor utama dalam pembinaan.
“Terdapat gunung, bukit serta sungai yang kita bakal lalui dalam pembinaan jalan itu nanti. Itu juga cabaran utama,” kata Stephen.
Pada masa sama, beliau memberitahu jalan yang bakal dibina itu hanyalah jalan penghubung sahaja.
“Kita hanya buat jalan penghubung sahaja, tidak boleh dibandingkan dengan jalan raya awam yang berturap,” jelas beliau.
Mengenai perkembangan pembinaan jalan tersebut, Stephen memberitahu pemerhatian sudah dibuat dan semua peralatan yang diperlukan telah pun disediakan di kedua-dua tempat.
“Kita jangka pembinaan bermula selepas Hari Raya dan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya bergantung kepada keadaan,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Subscribe to:
Posts (Atom)




