PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label P218. Show all posts
Showing posts with label P218. Show all posts
Wednesday, May 8, 2013
[Video] Senjata Rahsia Kemenangan di Saluran Ranchah-Ranchah #P218 #Sibuti
Wednesday, May 08, 2013
Ahmad Lai, Jom Bergendang, P218, PBB, Sarawak, Sibuti, Sokong Najib, Undi BN
No comments
Inilah senjata rahsia kemenangan di Saluran Kampung Ranchah-Ranchah. Penduduk kampung menikmati paluan gendang daripada sepasang tangan yang gemalai tetapi mantap.
Undilah BN esok hari pesan mereka!
Wednesday, May 1, 2013
[Gambar] Sekitar Upacara Pecah Tanah di Rh Anyai Saeh P218 Sibuti Oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu pada 1 Mei 2013 #PRU13 #P218 #SokongNajib #UndiBN
Wednesday, May 01, 2013
Ahmad Lai, Alfred Jabu, Dr Stephen Rundi, P218, Pecah Tanah, PRU13, Ripin Lamat, Rosey Yunus, Sarawak, Sibuti
No comments
Monday, April 29, 2013
[Gambar] Meriam BN Tembak Poster PAS di #P218 Sibuti
Monday, April 29, 2013
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, P218, PAS, PBB, Perang Saraf Gerak Saraf, Sibuti
No comments
Thursday, April 25, 2013
[Gagal] Poster Kempen PAS Tanpa Permit Dikesan Di #P218 Sibuti #TolakPAS
Thursday, April 25, 2013
Ahmad Lai, BN, Kempen Gagal, P218, PAS, Poster Tanpa Maklumat, Poster Tanpa Permit, PRU13, Robby Tandang, Sibuti
No comments
Berekoran daripada laporan orang awam yang mendapati poster billboard PAS tidak meletakkan permit dan juga maklumat pencetak. Hal ini dilaporkan kepada Sekretariat BN P.218 Sibuti. Semoga tindakan yang tegas akan dikenakan ke atas mereka yang bersikap sambil lewa dan tidak menghormati undang-undang berkempen. Poster ini boleh dilihat di simpang Taman Tunku dan Jalan Lapangan Terbang
Kalau beginilah caranya lain kalilah PAS akan jadi wakil rakyat di Sibuti!! Kah! Kah! Kah!!
Mungkin silauan kepala menyebabkan orang tidak menghiraukan poster kempen ini sehinggalah ada mata-mata yang begitu teliti mencari maklumat lesen permit dan pencetak poster. Lain kalilah baca undang-undang kempen sebelum nak mula...
Wednesday, April 24, 2013
#PRU13 Lagi Khianat Bakar Bendera BN di #P218 Sibuti
Setiausaha Agung BN Sarawak baru sahaja memuji pihak pembangkang yang tidak mensabotaj sesama parti. Hari ini kita mendapat maklumat bendera BN telah dibakar oleh penyokong PAS yang berasal dari Kelantan. Laporan polis sudah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Semoga mereka yang tidak memiliki kesedaran sivik ini didenda kerana tidak menghormati undang-undang PRU13!

Terus patuhi peraturan pilihan raya: Rundi
by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 23, 2013, Tuesday
SIJIL PENGHARGAAN: Dr Rundi (empat kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta Perkhemahan Belia Sarawak 2013. Turut kelihatan Ahmad Lai (dua kiri), Ripin (tiga kiri) dan Rosey (empat kiri) di Taman Negara Niah kelmarin.
NIAH: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pada hari pengundian.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu, semua calon termasuk penyokong parti politik mematuhi peraturan SPR dan polis.
“Kita berharap suasana tenang dan aman pada hari penamaan calon dikekalkan sehingga pada hari pengundian (5 Mei depan) dan penyokong parti politik disaran tidak melakukan perkara-perkara yang akan mencetus kacau-bilau,” katanya di sini semalam.
Beliau memberitahu, semua calon dan penyokong parti politik telah memahami situasi politik semasa dan amalan fitnah atau menghasut di kalangan penyokong tidak berlaku pada hari penamaan calon.
“Perjalanan proses penamaan calon di seluruh Sarawak berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan kita percaya keadaan ini akan berlarutan sehingga hari pembuangan undi,” jelasnya.
Terdahulu, pada majlis perasmian Perkhemahan Belia Sarawak 2013 di Taman Negara Niah kelmarin, Dr Rundi menasihati para belia agar bijak mencari peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Menurutnya, tanpa ilmu pengetahuan seseorang belia tidak akan mempunyai hala tuju dalam kehidupan sedangkan mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menjadi peneraju ke arah pembangunan negara pada masa depan.
“Kerajaan komited untuk melatih para belia supaya mereka berilmu serta berkemahiran seterusnya mengambil peluang dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) yang sedang rancak berlaku.
“Belia harus mempunyai wawasan untuk memajukan diri sendiri dan sekurang-kurangnya mereka menyumbang ke arah pembangunan negeri Sarawak yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
Beliau percaya bahawa hasrat untuk melahirkan lebih ramai pekerja profesional seperti doktor, arkitek, jurutera dan sebagainya akan tercapai jika belia sekarang bijak mengambil peluang untuk memajukan diri mereka.
Hadir sama calon BN bagi kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Affendi Keli.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Tuesday, April 16, 2013
Ahmad Lai Kekal Mempertahankan Kerusi Sibuti #PRU13 #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN @NajibRazak @bujangsenangBN @unreportednews1 @mudatengah @audie61
Beberapa minit yang lalu YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan secara rasmi bahawa Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang tetap mempertahankan kubu kuat BN di Sibuti.
Tahniah kepada Tuan Haji Ahmad Lai kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk berjuang pada PRU13!
Semoga Sibuti terus membangun bersama Barisan Nasional!!!

Saturday, April 13, 2013
Monday, April 8, 2013
Sibuti Pesat Membangun Bersama BN - Abang Jo
Monday, April 08, 2013
Abang Johari, Ahmad Lai, P218, PRU13, Regatta Sibuti, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti
No comments
Sibuti berjaya membangun bersama BN. Ini terbukti dengan adanya prasarana yang indah disamping menjaga alam sekitar agar tidak musnah bersama kemajuan yang terancang. Semoga warga Sibuti bijak memilih kerajaan mereka menjelang PRU13!
Jangan mudah tertipu dengan pihak pembangkang yang pandai memutar-belitkan fakta lebih-lebih lagi mereka semakin terdesak kerana ternyata mereka sendiri belum lagi sepakat? Perebutan kerusi, manifesto lepas pun belum lagi ditunaikan dan kini mereka cuba lagi menabur janji...
Apakah pihak pembangkang ini cuma hanya berjanji?
Sibuti bakal membangun lebih pesat: Abg Johari
by Connie Sylvia Mesa. Posted on April 8, 2013, Monday
JASA DIKENANG: Juma’ani menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada Effandy sambil disaksikan Ripin (kiri), Abang Johari, Ahmad Lai di Miri malam kelmarin.
MIRI: Penduduk kawasan Sibuti bakal menyaksikan pembangunan lebih pesat jika mereka terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).
Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, BN telah mempunyai dasar yang jelas dengan memberi suasana pembangunan yang baik kepada rakyat.
“Sejajar dengan sasaran kita yang mahukan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju menjelang 2030, Sibuti turut menerima tempias perubahan pembangunan seperti landskap yang nyata dan tersusun.
“Di samping itu, ekonomi serta taraf kehidupan penduduk turut meningkat dan berubah ke arah lebih baik.
“Kita berjanji bahawa penduduk di Sibuti akan terus menikmati pembangunan yang berterusan sekiranya memilih BN bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Regata Sibuti 2013 di Eastwood Valley Golf & Country Club (EVGCC) di sini malam kelmarin.
Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata, penduduk kawasan Sibuti amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang tenteram dan bekerjasama di kalangan pelbagai kaum dengan adanya pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang teratur dan berwibawa.
Mengenai Regata Sibuti 2013, beliau yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin melalui acara tersebut bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi penduduk di sini bahkan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke Sibuti.
“Saya yakin jawatankuasa pengelola dengan kerjasama masyarakat setempat boleh mengelolakan program ini (Regata Sibuti) dengan lebih baik.
“Regata Sibuti bukan hanya dilihat sebagai acara sukan air biasa, tetapi dengan usaha yang ada kita boleh mempromosikan sukan tersebut di sini agar mampu menjadi sebuah acara yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan bernilai RM100,000 bagi mengelolakan program Regata Sibuti 2013 pada September nanti.
Pada majlis yang sama, Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) yang juga isteri Abang Johari, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan masing-masing bernilai RM1,000 kepada dua anggota pasukan keselamatan.
Kedua-dua anggota iaitu Lans Koperal Effandy Rosle dan Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim mengalami kecederaan semasa bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Hadir sama Penaung Jawatankuasa Regata Sibuti 2013 Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Friday, March 8, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)



























