Wednesday, April 24, 2013

#PRU13 Lagi Khianat Bakar Bendera BN di #P218 Sibuti


Setiausaha Agung BN Sarawak baru sahaja memuji pihak pembangkang yang tidak mensabotaj sesama parti. Hari ini kita mendapat maklumat bendera BN telah dibakar oleh penyokong PAS yang berasal dari Kelantan. Laporan polis sudah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Semoga mereka yang tidak memiliki kesedaran sivik ini didenda kerana tidak menghormati undang-undang PRU13!



Terus patuhi peraturan pilihan raya: Rundi

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 23, 2013, Tuesday

SIJIL PENGHARGAAN: Dr Rundi (empat kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta Perkhemahan Belia Sarawak 2013. Turut kelihatan Ahmad Lai (dua kiri), Ripin (tiga kiri) dan Rosey (empat kiri) di Taman Negara Niah kelmarin.


NIAH: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pada hari pengundian.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu, semua calon termasuk penyokong parti politik mematuhi peraturan SPR dan polis.

“Kita berharap suasana tenang dan aman pada hari penamaan calon dikekalkan sehingga pada hari pengundian (5 Mei depan) dan penyokong parti politik disaran tidak melakukan perkara-perkara yang akan mencetus kacau-bilau,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, semua calon dan penyokong parti politik telah memahami situasi politik semasa dan amalan fitnah atau menghasut di kalangan penyokong tidak berlaku pada hari penamaan calon.

“Perjalanan proses penamaan calon di seluruh Sarawak berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan kita percaya keadaan ini akan berlarutan sehingga hari pembuangan undi,” jelasnya.

Terdahulu, pada majlis perasmian Perkhemahan Belia Sarawak 2013 di Taman Negara Niah kelmarin, Dr Rundi menasihati para belia agar bijak mencari peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Menurutnya, tanpa ilmu pengetahuan seseorang belia tidak akan mempunyai hala tuju dalam kehidupan sedangkan mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menjadi peneraju ke arah pembangunan negara pada masa depan.

“Kerajaan komited untuk melatih para belia supaya mereka berilmu serta berkemahiran seterusnya mengambil peluang dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) yang sedang rancak berlaku.

“Belia harus mempunyai wawasan untuk memajukan diri sendiri dan sekurang-kurangnya mereka menyumbang ke arah pembangunan negeri Sarawak yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau percaya bahawa hasrat untuk melahirkan lebih ramai pekerja profesional seperti doktor, arkitek, jurutera dan sebagainya akan tercapai jika belia sekarang bijak mengambil peluang untuk memajukan diri mereka.

Hadir sama calon BN bagi kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Affendi Keli.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda