Wednesday, April 3, 2013

#PRU13 - 4 DUN Masih Belum Bubar Setakat Ini


Sejak pengumuman pembubaran tengahari tadi, kebanyakan negeri turut mendapat perkenan YDP masing-masing untuk membubarkan DUN. Namun demikian dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan masih belum lagi menetapkan tarikh pembubaran. Johor dan Pahang masih belum menetapkan lagi tarikh pembubaran mereka. Kemaskini pembubaran DUN akan dilakukan dari semasa ke semasa.



DUN 4 negeri sudah bubar setakat 3 petang tadi

2013/04/03 - 15:09:46 PM BHarian

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 3 petang tadi empat negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, termasuk DUN Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik, minggu lalu.

Tiga DUN yang dibubar secara rasmi sebaik pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah Melaka, Perak dan Sabah.

DUN Melaka dibubar apabila Yang Dipertua, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN kira-kira jam 1 tengah hari, diikuti DUN Perak selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah jam 2.30 petang.

Menyusul petang ini ialah DUN Sabah turut apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin petang ini di Istana Negeri, Sabah.

Dua negeri, Terengganu dan Perlis akan dibubar dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu akan mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin serta Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, lewat hari ini.

Sementara itu, pembubaran dua DUN yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah dan Pulau Pinang akan ditentukan esok selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadual mengadap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pagi esok.

Empat lagi negeri iaitu Selangor, Kelantan, Johor dan Pahang belum dimaklumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda