PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Khianat. Show all posts
Showing posts with label Khianat. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Lagi Khianat BR1M2! Senarai Nama Penerima BR1M Fasa 2 Dibakar!



Kalau di Semenanjung cukup sekadar pemimpin pembangkang memberi gelaran penerima BR1M sebagai haiwan dan istilah Firaun turun dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS tetapi lain pula halnya di Sarawak.

Senarai penerima BR1M dari kawasan Parlimen Sibuti yang dipamerkan di Stadium Tertutup turut menjadi mangsa khianat oleh pihak tertentu.  

Keadaan ini akan menyukarkan lagi serta mungkin menimbulkan pelbagai masalah apabila senarai nama penerima BR1M  tidak jelas kerana dibakar!

Mujurlah perkara ini disedari lebih awal sebelum menimbulkan kerumitan sewaktu pengagihan BR1M fasa 2 di Sibuti esok.  Laporan polis akan dibuat agar orang yang sabit kesalahan akan didenda dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sunday, February 17, 2013

Laman Parlimen Malaysia Digodam!!!


Laman web parlimen digodam semalam.  Adakah ini kerja pakar penggodam atau kecuaian pihak dalaman?  

Ini menunjukkan pihak pembangkang sudah hilang sokongan daripada rakyat.   Mereka begitu gentar kepada maklumat dan pembangunan yang disampaikan oleh kerajaan BN sehingga sanggup menghapuskan kebenaran!!

Inilah permainan anak kecil yang sudah mengaku mereka akan kalah!!  Mereka sanggup berbuat khianat demi menunjukkan mereka masih ada harapan!  Seringkali kita mendengar ahli PKR keluar parti!  Ini menunjukkan kapal pembangkang semakin tenggelam!!!

Baca Blog Dalam Facebook Anda