PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Najib4PM. Show all posts
Showing posts with label Najib4PM. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Manifesto BN! Terbaik Untuk Semua! #NAJIB4PM #PRU13


Manifesto BN menidakkan manifesto pembangkang - Dr. M
 
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 7 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan malam ini mampu menidakkan manifesto yang ditawarkan oleh pembangkang.

Menurut beliau, manifesto yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja tepat pada masanya tetapi jauh lebih baik berbanding manifesto pembangkang yang berupa khayalan dan merugikan negara.

"Nampak parti lawan tidak tahu apa pun berkenaan kewangan negara. Sebab itu mereka buat manifesto agak bodoh.

"Sebab itu jika manifesto pembangkang dilaksanakan negara akan mengalami kerugian," katanya selepas Perhimpunan Janji 1Malaysia dan pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Friday, April 5, 2013

Empat Tahun Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah - Najib Razak #Najib4PM

Saudara/Saudari 

Salam 1Malaysia,
Kelmarin genaplah empat tahun pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu, saya dan para Jemaah Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Matlamat saya adalah untuk melihat negara kita ini terus maju. Sebab itulah, saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan prinsip 1Malaysia yang menekankan mengenai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menerusi prinsip ini, saya telah perkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan meringankan beban setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama mereka.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pentadbiran negara, ekonomi global berada pada keadaan tidak menentu. Namun, pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah berjaya memberi kemajuan ekonomi kepada negara sekali gus mengelakkan kita dari terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang berterusan.

Dalam tempoh itu juga, saya telah melaksanakan pelbagai transformasi politik yang memberi lebih kebebasan kepada Rakyat. Ini termasuklah dengan meminda, memansuh serta menggantikan undang-undang yang dianggap tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam landskap politik semasa.

Selain itu, pentadbiran saya juga turut menyumbang kepada kepimpinan global. Pergerakan Kesederhanaan Global yang saya perkenalkan mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Kerajaan pentadbiran saya sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Rakyat. Maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan saluran secara online untuk menggalakkan penglibatan Rakyat dalam setiap keputusan Kerajaan. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter benar-benar membantu saya bukan sahaja berkomunikasi malah juga mendengar suara hati Rakyat.

Untuk itu, dengan pembubaran Parlimen ke-12 kelmarin, kini, terpulanglah kepada anda untuk menilai kerja keras kami selama ini. Teruslah menyokong saya dan kongsilah emel ini bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda agar kita dapat sama-sama memastikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.
Najib Razak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baca Blog Dalam Facebook Anda