PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label TIBAI. Show all posts
Showing posts with label TIBAI. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Ahli PAS Pasir Salak Keluar Parti Masuk UMNO? #SokongNajib #UndiBN

Semenjak video Spendaputih meletup di laman blog hapraknews, semakin ramai penyokong tegar PAS keluar parti dan menyertai UMNO.  Menurut sekupangdua pula PAS akan terkubur semasa PRU13?  Biar betul? 

PAS MAKIN KRITIKAL, DAH BOLEH DITALKINKAN...

13 April 2013 sekupangdua

MALU & RASA TERTIPU... itulah apa yang ahli PAS Pasir Salak rasa bila isu Video panas Hebat Membalun yang terkini mengatasi ranking ketua Umum dia dengan siri ' Membalun Doll made in China' yang hangat dipasaran.ketika ini

Memang sebelum nie apa sahaja yang diperkatakan oleh PAS seolah menurunkan fatwa maupun hukum yang membolehkan siapa sahaja yang menjadi ahli mereka akan maksum, boleh dihapuskan dosa, letak hukum sendiri demi menyelamatkan mereka tidak sesekali bersalah atau berdosa.

Mereka juga lupa, sekalipun pelbagai perancang serta Fitnah kepada pemimpin BN yang diatur begitu rapi dan teliti bukan selalu berjaya. mereka lupa Allah swt yang sebenarnya menentukan segalanya, buktinya mereka yang bercakap tentang segala DOSA adalah datangnya dari UMNO sahaja, kekadang kelakor giller apa saja yang buruk tu hanyalah UMNO

Akhirnya bila Allah swt yang berkehendak segala percaturan, baru tau siapa sebenarnya yang paling haram jadah, bukan setakat permainkan hukum,, sendakan nama Allah, fitnah untuk menghancurkan Umat Islam yg lain, kali ini bila kehendak Allah swt maka terbongkarlah segala keji yang sebenar datang dari PAS walau segala bukti sebenarnya jenis yang memperlihatkan sunnah Rasulullah SAW nyata hanya mengaburi mata rakyat yang demi kuasa soal fitnah dan menipu nie jadi Ulam harian buat dema

Rakyat mula sedar siapa sebenarnya dema nie, kesal kerana tertipu oleh rupa warak, ceramah, menghuraikan hadis dan nas, meletakan hukum ikut suka bapak dema dan banyak lagi yang cukup jelas kononnya sebagai Parti islam yang memperjuangkan Islam, rupa-rupanya dia lagi besar sebagai Bapak Setan

Tu La... dengan Aljub dan topali tu akhirnya atas kehendaknya dapat FREE jer!!! baru masuk akai!!! 
Sumber...blog Tok Guru 86
Dalam siri ceramah Ybhg. Zulkifli Nordin dan Saudara Zaid Mat Arip Mursyidul Am TIBAI di Pasir Salak semalam yang dihadiri kira-kira 6000 orang ahli PAS kawasan Pasir Salam telah umum keluar parti dan menyertai UMNO.

Penyerahan borang ahli UMNO telah disempurnakan oleh mantan Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Ybhg Dato Tajuddin Rahman dan AJK UMNO bahagian yang lain.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan solat Isyak beramai-ramai di perkarangan kediaman Ybhg. Dato Tajuddin Rahman 
Pengumuman keluar parti oleh ahli PAS ini berikutan sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan PAS yang semakin lama semakin retorik. PAS juga dilihat hanya pandai bercakap tetapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin berimej Islam.
Dengan tersebarnya video adegan seks melibatkan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali menguatkan lagi semangat ahli PAS tersebut untuk keluar parti dan menyertai UMNO satu-satu parti tunjang kepada orang Melayu.

Terpaksa berdiri diluar kerana ruang khemah penuh.


Khusyuk mendengar ceramah oleh Mursyidul AM TIBAI
PRU13 adalah waktu terbaik untuk kuburkan parti PAS dan PKR yang retorik. Kononya merekalah parti perjuangkan orang Islam, akhirnya Allah tunjuk segala-galanya kepada kita.

Thursday, April 11, 2013

[FAKTA] Anwar Ibrahim Tibai PAS! NST 14 Dec 2012 #PRU13 #TolakPR

Anwar Ibrahim's Past Quotes Collection

Collection of Anwar Ibrahim's Past Quote from NST 14 Dec 2012.
Quoted his speech in Jeli, 4 Nov 1994

Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister
 

Tuesday, February 19, 2013

Anwar Ibrahim's Past Quotes 7 Nov 2012 NST


Anwar Ibrahim's past quotes published in New Strait Times 7 Nov 2012.  Back then he was the deputy prime minister, giving talks at Kampung Jelawat, Bachok on April 20 1995.


Monday, February 18, 2013

Anwar Ibrahim's Past Quotes 4 Nov 2012 NST

Anwar Ibrahim's past quotes published in New Straits Times on 4 Nov 2012.  He was addressing 500 residents of Mengkuang Titi at Bukit Mertajam when he was the deputy prime minister in 11 Feb 1995.

Anwar Ibrahim's Past Quote 30 Oct 2012 NST


Anwar Ibrahim's Past Quotes published in New Straits Times 30 Oct 2012.  Quoted during his speech in Pasir Puteh, Kelantan March 20, 1995 when he was the deputy prime minister of Malaysia.

Thursday, July 12, 2012

Anwar Ibrahim Bakal Menghadap ke Mahkamah Rayuan!!


10 Alasan untuk menyumbat Anwar selama 20 tahun







1) Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) meragui integriti sampel DNA yang didapati daripada Mohd Saiful.

2) HMT telah mendapat DNA yang padan dengan lelaki 'Y' antara ekstrak air mani dengan sampel dari lokap yang digunakan oleh Anwar Ibrahim.

3) HMT membenarkan Anwar Ibrahim untuk membela diri diakhir kes berdasarkan DNA daripada sampel air mani yang diragui integriti

4) HMT gagal untuk memberi keputusan yang berjaya dibuktikan bahawa fakta yang diberikan oleh pendakwa adalah benar dan sukar untuk diragui.

5) HMT gagal menilai keseluruhan keterangan baik dari segi pengendalian bahan bukti.

6) HMT memberi keputusan yang sukar untuk diterima kerana terpengaruh dengan keputusan penilaian yang tidak lengkap oleh saksi pembelaan.

7) HMT sangai terhadap kepakaran dan pengalaman yang ditonjolkan oleh saksi pendakwa

8) HMT tidak dapat memberi pertimbangan yang mutlak kerana percaya kepada pengendalian secara teori semata-mata dan bukan terhadap fakta daripada pengendali sampel bahan bukti.

9) HMT sangsi dengan bahan bukti walaupun sudah dimeteri.

10) HMT menjadikan bahan bukti yang tidak cukup sebagai asas untuk membenarkan Anwar masih bebas walaupun pakar bahan bukti pendakwa sudah menyatakan dan menyangkal pelbagai kemungkinan yang bakal ditimbulkan oleh pihak pembelaan untuk meragui bahan bukti.

Semoga Hakim Mahkamah Rayuan akan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan menyabitkan Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau disebat jika dibuktikan bersalah!


Pihak Pendakwa Beri 10 Alasan Untuk Mahkamah Rayuan Sabitkan Anwar Tuduhan Meliwat

Rabu Julai 11, 2012



KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.

Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa "male Y" yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari 'semen extract' (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

"Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

"Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," kata pihak pendakwaan.

Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful.

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan.

Pada 9 Januari, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

Sunday, July 8, 2012

Pembangkang Cenderung Menuju Keruntuhan Akhlak!?


Pembangkang tidak suka membimbing rakyat ke arah kebaikan. Mereka suka membawa rakyat ke arah kehancuran dunia dan akhirat. Baru-baru ini mereka mendesak agar hutang tidak perlu dibayar, budi tidak payah dikenang dan janji tak payah nak kota.

Banyak contoh yang boleh dilihat dari Selangor, Pulau Pinang , Kedah mahupun Kelantan. Isu air, isu dihalau berniaga, isu perkauman dan lebih teruk lagi isu kampung dirobohkan. Isu rasuah sehingga meminta rakyat menampung perbelanjaan untuk membangunkan lebuh raya dan isu kroni yang menjadikan syarikat milik kroni kaya berlipat kali ganda apabila mendapat kontrak daripada kerajaan pembangkang.

Usahlah kita, rakyat yang cerdik lagi terpelajar untuk ditipu oleh pemimpin pakatan pembangkang yang sungguh terdesak untuk berkuasa. Sedangkan negeri pimpinan mereka tidak terkendali, inikan memerintah 1Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum, bangsa dan agama!! Usahlah bermimpi sedangkan akhlak pemimpin pembangkang banyak yang sudah runtuh!?! Ini adalah contoh yang tidakbaik untuk anak dan cucu kita! Ingatlah kerajaan hari ini adalah untuk anak cucu kita kelak!

Budi Tak Perlu Dikenang - PM Kecam Pakatan Didik Perkara Bertentangan Agama.

Friday, 06 July 2012 16:36 Radhi Razak klpos.com



PEKAN 6 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama.

Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".

"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya dalam laporan Bernama menerusi Ucapan pada Majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.

Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.

Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.

Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.

"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi.

"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya.



- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, May 30, 2012

Cicak PKR Diketawakan di Kampung Gita, Sarawak !?!?!

Arip Ameran

Peguam syariah di atas menjadi seperti seekor monyet peliharaan Ambiga apabila mendengar pidato perdana oleh Ezam Nor yang mendedahkan Anwar Ibrahim kepada penduduk di Kampung Gita Sarawak malam kelmarin!?!?

Arip Ameran yang pernah gagal merebut kerusi BN semasa PRN Sarawak ke-10 telah membuat provokasi bersama pengikut gaynya di Pidato Perdana tersebut!?!  Namun dia cuma diketawakan oleh penduduk Kampung Gita yang hadir ke majlis tersebut dan digelar cicak mengkarung yang terpekik terlolong mendengar Anwar kena TIBAI!?!?!

Kalau hendak tahu apa yang didedahkan oleh Ezam Nor sila rujuk kepada video di bawah yang dipautkan dari blog pecahpalakmikir.

Monday, April 23, 2012

Jangan Terima Propaganda Negatif Pembangkang!?!?! Ayuh TIBAI!!?!!?

Pihak pembangkang suka ngerepak dan akan menghentam apa jua jenis pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!?!?!  Mereka sememangnya hanya pandai berkata-kata namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah di kawasan mereka!?!!?  Di Kelantan orang Asli masih belum menerima tanah adat mereka di bawah PAS Kelantan!?!?!  Di Pulau Pinang, masalah YDP MAIPP masih menjadi isu sesama PR!!?!?  

Kalau sudah menjadi kerajaan pusat agaknya pasti ramai rakyat Malaysia yang akan jatuh miskin ditimpa cukai yang banyak!?!?!  Sememangnya PR akan berkuasa selama satu penggal sahaja dan habislah Malaysia akan digadai kepada Bank Dunia dan sebagainya malaun-malaun yang hanya menunggu masa!?!?!  Marilah kita bersama-sama menyokong TIBAI!!?!?  Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim!?!!

Mahukah kita melihat Malaysia kucar-kacir kerana inginkan perubahan ala PR!?!?! 
Jangan terima pandangan hentam kerajaan hanya ingin meraih undi : Ahmad Lai

Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyarankan supaya rakyat tidak mudah menerima pandangan parti luar yang menghentam kerajaan semata-mata ingin meraih undi.  

Beliau memberitahu, pembangkang ketika ini mempergunakan pelbagai cara untuk menghasut rakyat termasuk memanipulasi isu-isu melibatkan pembangunan kerajaan.

"Mereka akan terus mengkritik semua bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat," katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, pembangkang hanya pandai bermain kata-kata atau 'gerepak' tentang sesuatu isu tetapi mereka sendiri gagal menyelesaikan isu rakyat khasnya di kawasan pentadbiran mereka.

"Tidak perlu mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan nasib rakyat namun pada hakikatnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menjadi pemerintah," jelasnya.

Ahmad Lai memberitahu semua isu yang cuba dibangkitkan pembangkang ketika ini adalah hasutan dan fitnah semata-mata demi untuk meraih kepercayaan rakyat.

"Jangan mudah menerima ideologi pembangkang kerana mereka mengeluarkan sesuatu isu hanya untuk memenuhi agenda tertentu khususnya pada musim pilihan raya," ujarnya. 

Rakyat tambahnya, perlu menilai sendiri sumbangan yang telah diberikan kerajaan kepada mereka selama ini dari sudut ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal.  

"Semuanya yang kita ada sekarang (infrastruktur) adalah bukti kemajuan yang dibawa kerajaan dan jika rakyat berpaling tadah maka kemajuan ini akan terhenti dan rakyat akan kerugian," jelasnya.  

Sebagai contoh katanya, negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mempunyai pelbagai isu rakyat yang tidak mampu diselesaikan Pakatan Rakyat (PR).

"Rakyat di bawah pentadbiran PR ketika ini sudah menolak parti itu kerana mereka gagal menyelesaikan isu-isu melibatkan kemahuan dan tuntutan rakyat," katanya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda