Sunday, July 8, 2012

Pembangkang Cenderung Menuju Keruntuhan Akhlak!?


Pembangkang tidak suka membimbing rakyat ke arah kebaikan. Mereka suka membawa rakyat ke arah kehancuran dunia dan akhirat. Baru-baru ini mereka mendesak agar hutang tidak perlu dibayar, budi tidak payah dikenang dan janji tak payah nak kota.

Banyak contoh yang boleh dilihat dari Selangor, Pulau Pinang , Kedah mahupun Kelantan. Isu air, isu dihalau berniaga, isu perkauman dan lebih teruk lagi isu kampung dirobohkan. Isu rasuah sehingga meminta rakyat menampung perbelanjaan untuk membangunkan lebuh raya dan isu kroni yang menjadikan syarikat milik kroni kaya berlipat kali ganda apabila mendapat kontrak daripada kerajaan pembangkang.

Usahlah kita, rakyat yang cerdik lagi terpelajar untuk ditipu oleh pemimpin pakatan pembangkang yang sungguh terdesak untuk berkuasa. Sedangkan negeri pimpinan mereka tidak terkendali, inikan memerintah 1Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum, bangsa dan agama!! Usahlah bermimpi sedangkan akhlak pemimpin pembangkang banyak yang sudah runtuh!?! Ini adalah contoh yang tidakbaik untuk anak dan cucu kita! Ingatlah kerajaan hari ini adalah untuk anak cucu kita kelak!

Budi Tak Perlu Dikenang - PM Kecam Pakatan Didik Perkara Bertentangan Agama.

Friday, 06 July 2012 16:36 Radhi Razak klpos.com



PEKAN 6 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama.

Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".

"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya dalam laporan Bernama menerusi Ucapan pada Majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.

Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.

Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.

Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.

"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi.

"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya.



- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda