Apa sudah jadi dengan dakwaan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyatakan lain daripada yang lain?
Kalau tidak ada masalah, kenapa hantar air pakai lori tangki air?
Masalah krisis air terawat memang wujud di negeri Selangor, buktiknya kerajaan negeri menyalurkan air melalui lori tangki air. Itu sudah membuktikan bahawa krisis air terawat ini memang berlaku, ujar Koordinator BN Selangor, Ir Mohd Zin Mohamed.Tambahnya, amat malang apabila kerajaan negeri Selangor langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan mempolitikkan isu bekalan air ini melalui banner dan kehadiran beberapa EXCO Kerajaan Negeri dengan banner yang bertulis ”Bekalan air ini sumbangan kerajaan negeri Selangor. Hasil negeri untuk rakyat melalui lori tangki.””Wahlal sepatutnya kalau buka pili air, dah ada air. Ini sebenarnya tanggungjawab asas daripada kerajaan negeri dalam menentukan air terawat patutnya sampai ke pihak pengguna dengan melalui paip.Kalau perkara ini tidak menjadi satu krisis air terawat, maka tak payahlah mereka hantar bekalan melalui lori tangki. Ini yang mengecewakan kita, mereka mempolitikkan perkara ini. Ini memang satu tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.
Rakyat menghadapi masalah bekalan air tetapi mereka hantar tangki air dengan banner, poster kononnya ini sumbangan kerajaan negeri, hasil kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat.”Kenyataan kerajaan negeri sungguh tidak bertanggungjawab, ini kerana kita mempunyai pandangan dan pendapat bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab utama untuk menentukan bahawa bekalan air terawat dapat disampaikan kepada keseluruhan rakyat negeri Selangor tanpa bekalan lori tangki.Masalah tekanan air adalah satu perkara yang jelas terjadi hari ini, ia melibatkan kualiti kehidupan rakyat dan bayangkan kalau kita tidak dapat menggunakan air dalam menguruskan kehidupan seharian, ia pasti akan menyulitkan kehidupan kita,” ujarnya lagi.
0 comments:
Post a Comment