Thursday, July 5, 2012

Diskaun Sehingga 60 Peratus Buat Mahasiswa!?

Golongan mahasiswa yang menyertai IPTA dan IPTS akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.  Ini akan mengurangkan beban mereka sehingga 60 peratus potongan.  Kerajaan BN memang prihatin dengan pendidikan dan pengajian tinggi sehingga menitik beratkan diskaun buku bagi golongan mahasiswa.   

Semoga lebih ramai yang akan mendaftar sebagai pengundi daripada golongan mahasiswa dan terus memberi mandat kepada kerajaan BN agar KDS1M ini dapat diteruskan lagi sehingga ke anak cucu kita.  Kerajaan hari ini untuk anak cucu kita!  BN Pilihan Orang Muda!
1.5 juta mahasiswa terima diskaun buku
MOHD SOFEE WAHAB Sinar Harian
5 Julai 2012
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Lebih kurang 1.5 juta mahasiswa seluruh negara bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KDS1M merupakan satu inisiatif baru yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mahasiswa.

“Pemegang KDS1M akan menerima potongan lima hingga ke 60 peratus daripada harga sebenar dan inisiatif ini dilihat dapat mengurangkan beban mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam tempoh yang terdekat, Bank Rakyat akan memberikan keutamaan kepada mahasiswa tahun akhir bagi memastikan mereka menikmati kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata, KPDNKK menyahut cabaran untuk mewujudkan kad diskaun ini atas cadangan wakil pelajar dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lalu dan hasil dialog bersama mereka, isu kos sara hidup sering dibangkitkan.

“Jadi, keprihatinan kerajaan untuk memastikan seluruh mahasiswa dalam keadaan selesa ternyata memberi kesan baik.

“Selain itu, mereka tidak perlu memohon KDS1M kerana ia adalah percuma dan bakal diperoleh oleh setiap mahasiswa sejurus melayakkan diri ke IPT,” katanya.

KDS1M ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan akan mencetaknya serta menyalurkan terus kad berkenaan kepada semua IPT seluruh negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh layari laman web www.1pengguna. com.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda