Sunday, July 29, 2012

Datuk Daud Agihkan Bantuan Sempena Hari Raya di Miri


Masjid di sekitar Miri berpeluang untuk menerima bantuan agar dapat mengatur lebih banyak aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini.

Bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak itu disampaikan oleh Datuk Daud di Masjid At Taqwa petang semalam.
TBS agih bantuan kepada 92 masjid dan surau di Miri
Posted on July 29, 2012, Sunday

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) semalam mengagihkan bantuan kepada 92 masjid dan surau di sini sebagai dana penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Daud Abdul Rahman pada majlis di dewan Masjid At Taqwa.
Menurut Daud, TBS mengagihkan sebanyak RM1.3 juta kepada semua masjid dan surau di Sarawak pada tahun ini.

“Bantuan ini ialah untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadan di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau,” jelasnya.

Selain Miri, sumbangan juga akan diagihkan kepada 37 masjid dan surau di Bekenu, 24 buah di Niah, 11 buah di Baram dan dua buah di Bakong yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM166,000 termasuk Miri.

Daud turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM16,500 kepada amil yang ditauliahkan oleh TBS untuk diagihkan kepada 165 orang fakir miskin di bahagian ini.

Daripada jumlah itu, 107 orang adalah dari Miri dengan jumlah bantuan Aidilfitri sebanyak RM10,700, seramai 46 orang di Bekenu (RM4,600), 10 orang di Niah (RM1,000) dan dua orang di Baram (RM200).

Ia digunakan sebagai perbelanjaan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri khasnya penyediaan makanan dan minuman pada hari pertama perayaan.

“Bantuan ini merupakan antara program kita (TBS) dan Majlis Islam Sarawak untuk membantu golongan sasar dalam usaha menguatkan umat Islam serta tidak mahu melihat umat Islam terumbang-ambing,” jelasnya.

Antara program bantuan TBS ialah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Timbalan Datuk Bandar Mohd Chee Kadir dan Dato Yusuf Sani Wahab.

- Posted using BlogPress from my New iPad


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda