Saturday, July 7, 2012

Tun M Suruh Anwar Segera Bersara Dan Jangan Berlengah Lagi!

Anwar patut dengar nasihat Tun M yang menyuruhnya bersara tanpa berlengah lagi.  Rakyat Malaysia tidak akan mempercayai  tipu-muslihatnya lagi.  Calon PRU13 Pakatan Haram pun masih kucar-kacir!  Bagaimana Anwar yakin untuk menawan Putrajaya sedangkan kerusi pakatan haram masih belum dijelaskan lagi.  Permintaan bertindih ke atas kerusi di kawasan pakatan haram masih belum selesai lagi terutama sekali bagi parti biadap yang masih belum mengekang nafsu tamak mereka?  Agak-agaknya apabila Anwar melihat calon DAP begitu banyak mengalahkan calon PKR dan PAS memberikan indikator bahawa dia tidak mungkin akan menduduki kerusi Perdana Menteri?  Mungkin Anwar cuma dijanjikan sebagai Ketua Pembangkang sahaja namun tidak pernah dijanjikan sebagai Perdana Menteri!  Rugilah DAP kalau Anwar jadi PM sedangkan lebih banyak lagi golongan intelek daripada kaum BiaDAP!??  
Anwar tak perlu lengah hasrat bersara: Tun M

BH Online 6 Julai 201214:41:26 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini, hari ini. 

Dr Mahathir berkata, kenyataan Anwar itu adalah retorik politik saja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.  

Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan menggunakan duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Justeru, katanya rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda