Upacara Makan Tahun Perdana tahun ini diadakan di Kampung Kejapil. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Amar Awang Tengah dan dihadiri oleh ADUN Bekenu YB Rosey, ADUN Lambir YB Ripin serta Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai.
Majlis Makan Tahun merupakan upacara sambutan kesyukuran seperti mana orang Dayak menyambut Hari Gawai. Ianya disambut oleh bangsa Kedayan yang juga merupakan acara tahunan. Majlis ini diceriakan dengan kuih tradisional seperti kelupis dan kuih penyaram yang merupakan kuih tradisional yang dibuat secara gotong-royong.
Armada Pemuda PBB juga menyampaikan Jalinan Kelupis sebagai tanda persahabatan untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.
Calon BN terus disokongby Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo 9 Julai 2012, MondayLAMBIR: Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada semua calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang termasuk calon yang dikekalkan.Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia bagi memastikan setiap calon daripada kerajaan BN menang dengan majoriti besar.“Kita akan berdepan dengan PRU13 dan dari itu saya berharap rakyat akan terus memberi sokongan dan bekerjasama supaya kawasan ini (Sibuti-Ahmad Lai) dikekalkan dalam BN,” katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Majlis Makan Tahun Perdana 2012 di Kampung Kejapil, Lambir semalam.Beliau memberitahu, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut memberi keutamaan terhadap pembangunan ekonomi negara dan keperluan rakyat.“Disebabkan itu, semua pemimpin bekerja keras dan turun padang bagi memastikan keperluan dan kehendak rakyat ditunaikan termasuk kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan,” ujarnya.Beliau memberitahu, rakyat harus menyedari bahawa masih terdapat kekurangan dari segi keperluan namun mereka harus terus berdiri kukuh di belakang kerajaan BN.“Rakyat harus menyedari bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa perubahan dan memberi perhatian kepada kepentingan rakyat termasuk cara bagaimana menghidupkan ekonomi,” katanya.Menurutnya tidak dinafikan bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memastikan Malaysia terus maju, hidup dalam suasana harmoni dan kestabilan politik yang menjurus ke arah kemajuan.“Rakyat dinasihati agar tidak berpecah-belah dan mengekalkan nilai-nilai kerjasama antara satu sama lain bagi memastikan kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan yang lebih pesat,” jelasnya.Sementara itu dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat berkata program sedemikian adalah acara tahunan masyarakat Kedayan selepas musim menuai padi.“Seperti perayaan Gawai Dayak, masyarakat Kedayan juga terlibat dalam acara kesyukuran dengan meneruskan amalan tradisi makan tahun sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang ada,” ujarnya.Menurutnya, penyediaan makanan tradisional kaum Kedayan seperti kelupis dan penyaram dibuat secara gotong-royong dan majlis sedemikian dapat mengeratkan hubungan perpaduan di kalangan penduduk setempat.Kira-kira 2,000 kaum Kedayan sekitar Kejapil dan penduduk sekitarnya menghadiri Majlis Makan Tahun Perdana 2012 dan ia adalah kali ketiga dianjurkan selepas Kampung Kelulit dan Kampung Tiris.Dalam majlis sama, pihaknya turut mengumpulkan RM175,000 dana untuk pembinaan Surau Darul Ibadah Kejapil.
0 comments:
Post a Comment