Wednesday, July 11, 2012

Sibuti Selamanya Kekal Kubu Kuat BN!!


Ahli Parlimen Sibuti bersama jentera PRU13 yang telah digerakkan sejak awal tahun ini akan memastikan Sibuti kekal sebagai kubu kuat
BN! Walau pun sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan ancaman baik dari pihak pembangkang dan juga masalah dalaman antara pemuda, ahli jawatankuasa dan juga anak tempatan yang ingin melobi untuk merebut kerusi P.218.

Namun semua ini tidak mematahkan semangat hasrat Ahli Parlimen beserta jentera PRU13 untuk memastikan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Patah tumbuh hilang berganti, namun kalau tidak patah kenapa harus diperbaiki? Selagi masihmemegang mandat daripada rakyat selagi itulah Ahli Parlimen Sibuti yB Haji Ahmad Lai akan memikul tanggungjawab dan amanat yang telah dianugerahkan kepadanya pada PRU12 yang lalu!!

Ahmad Lai yakin rakyat akan terus memberi mandat kepada BN kerana banyak masalah dapat diselesaikan dan juga janji semua dapat ditepati. Semiga rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN di Sibuti.

Jentera pilihan raya Parlimen Sibuti bersedia hadapi PRU13

Utusan Borneo Online 10 Julai 2012


MIRI: Jentera pilihan raya Parlimen Sibuti kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seterusnya memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus kekal mentadbir kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang meletakkan harapan tinggi akan terus memastikan kawasan Sibuti menjadi kubu kuat BN meskipun berdepan dengan parti-parti pembangkang pada PRU13.

“Saya yakin akan menang dengan majoriti besar pada PRU kelak namun ia hanya mampu direalisasikan jika rakyat terus berdiri kukuh di belakang kita (kerajaan BN),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, semua isu rakyat telah diselesaikan kerajaan BN sebelum PRU akan datang dan bakinya hanya isu-isu lapuk yang cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu.

“Apa yang penting sekarang ialah kita akan terus mengekalkan kepercayaan rakyat kepada kita dan memastikan setiap keperluan mereka ditunaikan sebelum dan selepas PRU,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa peranan Armada Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) amat penting dalam mendekatkan parti dengan rakyat setempat.

“Armada Pemuda telah menjelajah dari satu kawasan ke kawasan lain dengan pelbagai program kemasyarakatan dengan satu harapan untuk memahami kehendak rakyat secara dekat,” ujarnya.

Pada masa sama, ahli Armada Pemuda perlu mengetahui perjuangan parti politik, seterusnya menunjukkan taat setiap kepada pemimpin parti.

“Mereka harus mengetahui perjuangan pemimpin terdahulu dan mereka perlu memastikan pemimpin yang ada sekarang mendapat sokongan tidak berbelah bahagi sebagai tanda taat setia,” katanya.

Beliau memberitahu, siri penjelajahan Armada Pemuda dari satu kawasan ke kawasan lain dapat memberi maklumat kepada rakyat akan kemajuan yang dibawa kerajaan BN.

“Pengisian program merangkumi khidmat masyarakat, rekreasi, sumbangan, pendidikan dan sebagainya mampu mendedahkan rakyat akan visi dan misi kerajaan BN secara langsung, “ jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Lai turut menyampaikan sumbangan segera kepada salah seorang pelajar istimewa (hilang penglihatan) di pejabatnya semalam.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda