Wednesday, July 4, 2012

BN Prihatin, Ron 97 Turun 20 sen Lagi!!!

Kerajaan BN bersetuju untuk menurunkan lagi harga runcit petrol Ron 97 kepada RM 2.60 seliter mulai esok.  Dengan adanya penurunan ini maka harga barang runcit juga dapat diturunkan.  Semoga lebih ramai peniaga yang prihatin dan menurunkan harga makanan dan minuman di sekitar Sibuti dan Miri.  Tiada sebab untuk mengekalkan harga jualan terutama sekali makanan dan minuman kerana Harga Petrol Ron 97 sudah turun 10 sen pada 6 Jun 2012 dan turun lagi 20 sen pada 5 Julai 2012.

Ini menunjukkan kerajaan BN sangat peka dengan keadaan ekonomi global dan pro aktif dalam menurunkan harga runcit petrol bagi Ron 97.  Semoga sokongan terhadap kerajaan BN terus meningkat dan tiada lagi BN = Barang Naik!!!
Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen
mStar online Rabu Julai 4, 2012
KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda