Saturday, July 14, 2012

Gangguan Bekalan Air di Loji Lambir 17 Julai 2012


Menurut berita yang sahih, terdapat gangguan bekalan air berdekatan di sekitar kawasan loji Lambir pada minggu hadapan. Ini bersangkut-paut dengan kerja pemasangan saluran paip oleh LAKU. Diharap pihak LAKU juga menyediakan Unit Bergerak untuk mengagihkan air di kawasan tersebut pada masa yang terbabit.


Kadang-kadang notis di suratkhabar tempatan tidak sampai kepada pihak yang tertentu. Oleh itu, untuk mengelak pelbagai kesulitan, diminta pihak LAKU akan bertanggungjawab untuk menyediakan unit pengagihan air yang bergerak di kawasan terbabit seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Lembaga Air Kuching apabila terdapat gangguan bekalan air.

Gangguan air dekat loji Lambir 17 Julai
Utusan Borneo 14 Julai 2012


MIRI: Berikutan dengan kerja-kerja penyambungan saluran paip oleh LAKU Management Sdn Bhd pada Selasa, 17 Julai ini, beberapa kawasan berhampiran Loji Rawatan Air Lambir di sepanjang Jalan Miri-Bintulu akan mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan akan berlaku dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir, Kem Penjara Lambir, Kuarters/Berek Loji Rawatan Air Lambir, Kuarters Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Kampung Sungai Dalam, Kampung Batu 6, 7 dan 8, Kampung Mei Min, Kampung Usaha Jaya, PUSPAKOM, Kampung Desa Jaya, Rumah Gindi, Taman Seri Puteri Lambir, Rumah Ampit dan Kampung Bukit Jagus.

Justeru, penduduk di kawasan terbabit dinasihati agar menyimpan sejumlah air yang diperlukan sepanjang waktu tersebut.

Bagaimanapun, mereka yang memerlukan bekalan air segera, boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan menerusi talian 085-436626 atau 085-426626.
Kerja-kerja berkenaan akan dilakukan pada hari berikutnya sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Pihak LAKU akan berusaha mempercepatkan kerja-kerja tersebut dan segala kesulitan amat dikesali.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda