Monday, July 16, 2012

Pengumuman Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2012

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh 19 Julai 2012 sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan.  Sebanyak 30 tempat telah ditetapkan bagi tujuan tersebut.  Di Sarawak bagi Zon Utara tempat tersebut adalah Tanjung Lubang, Miri.  

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa bagi seluruh pembaca Sibuti-Selamanya yang beragama Islam baik di mana juga mereka berada. 
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 19 Julai
 
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda