Wednesday, July 4, 2012

Nelayan Dihargai Di Bawah Kerajaan Barisan Nasional!

Nelayan di Miri bernasib baik di atas keperihatinan kerajaan pusat yang telah menyediakan peruntukan untuk membaik pulih rumah.  Berita gembira ini disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Dato Sebastian Ting.  Tabung Khas Perumahan Nelayan ini memberi manfaat kepada nelayan dan meringankan beban mereka.  

Ada juga yang belum mengetahui mengenai TKPN ini yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah Miri.  Borang permohonan boleh diambil daripada Persatuan Nelayan Miri dan peruntukan ini masih boleh diguna sehingga 2014 kelak.  Semoga lebih ramai golongan nelayan yang akan memohon peruntukan ini agar dapat digunakan untuk membaik pulih rumah mereka.  Syabas kepada usaha kerajaan Barisan Nasional yang tidak lupa akan jasa nelayan yang berhempas pulas di laut untuk menangkap ikan kepada rakyat Malaysia.
Seramai 38 nelayan dapat peruntukan RM456,000 baik pulih rumah

Utusan Borneo, 4 Julai 2012, Rabu
MIRI: Seramai 38 nelayan dari kawasan Parlimen Miri mendapat peruntukan sebanyak RM456,000 untuk membaik pulih rumah mereka di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan (TKPN).

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting berkata, di bawah tabung itu, setiap nelayan mendapat peruntukan antara RM5,000 hingga RM12,000 bergantung kepada keadaan rumah masing-masing.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 887 nelayan di Parlimen Miri, namun setakat ini hanya 47 menghantar permohonan, yang mana 38 sudah diluluskan manakala bakinya sembilan masih dalam pertimbangan.

“Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta setiap tahun mulai tahun ini hingga 2014, justeru kami akan memberi kelulusan sebanyak mungkin kepada nelayan di Miri.

“Justeru saya berharap, lebih ramai nelayan di kawasan Miri mengisi borang dan menghantar permohonan,” katanya semasa majlis penyerahan cek untuk projek TKPN bagi kawasan Parlimen Miri di Bilik Mesyuarat, Majlis Bandaraya Miri semalam.

Cek berkenaan disampaikan kepada Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Miri Lois Unggah.

Menurut Sebastian, peruntukan itu akan dikendalikan oleh FAMA manakala pelaksanaan projek membaik pulih akan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah Miri.

“Bagi nelayan yang belum membuat permohonan, mereka boleh mendapatkan borang di Persatuan Nelayan Miri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda