Kerajaan siasat video, timbang saman ‘The Global Witness’
KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘The Global Witness’ atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.
“Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.
“Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.
Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.
Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.
“Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu,” tegasnya.
Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.
Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.
“Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan),” ujarnya.
Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts
Sunday, March 24, 2013
Kerajaan Sarawak Akan Saman Globalwitness!
Sunday, March 24, 2013
Fitnah Pembangkang, Ketua Menteri Sarawak, Kuching, PBB, Saman Globalwitness, Taib Mahmud, Video Globalwitness
No comments
Kerajaan mengambil langkah yang bijak untuk menyaman Globalwitness. Mereka ini bermotifkan politik kerana PRU13 sudah hampir. Adakah mereka ingat Taib Mahmud akan bertanding PRU13? Mereka sebenarnya silap terutama sekali Rafizi Ramli yang kerap mendendangkan lagu supaya Taib Mahmud mengumumkan jumlah aset beliau sebelum bertanding PRU13?
Sememangnya Rafizi Ramli ini tidak tahu apa-apa mengenai politik di Sarawak! Sebenarnya PRU13 cuma melibatkan Parlimen di Sarawak sahaja kerana DUN Sarawak sudah melalui PRN yang lalu! Kenapakah masih ada orang yang cuba mengolakkan politik Sarawak terutama sekali mereka yang dengki terhadap Ketua Menteri Sarawak?
Kalau Pakatan Haram berani, mereka hendaklah membenarkan Lim Kit Siang, Karpal Singh. Rafizi Ramli, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim mengumumkan aset mereka terlebih dahulu untuk membuktikan mereka sendiri telus sebelum menuduh orang lain?
Saturday, January 19, 2013
Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang Anti Pembangunan?
Saturday, January 19, 2013
James Masing, Propaganda Anti Kerajaan, Propaganda Anti Pembangunan, Radio Free Sarawak, Radio Kenyalang, Sarawak, Taib Mahmud
No comments
Radio Free Sarawak dikatakan menyambung siaran Radio Kenyalang dan kedua-duanya bersifat anti kerajaan. Bukan itu sahaja mereka juga menabur fitnah dan menghasut perasaan bencikan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!
Ini adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab dan suka melihat rakyat Sarawak dirundung kemerosotan ekonomi. Semoga rakyat Sarawak sedar dan lebih bijak daripada mendengar radio antikerajaan ini yang tidak mendatangkan faedah!
![]() |
| Apai John Jamban Berfoya Dengan Raja Sarah Raja Petra |
Radio antikerajaan helah pihak tidak bertanggungjawab
Utusan Borneo 18 Januari 2013, Jumaat
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya kemunculan siaran Radio Kenyalang dan Radio Free Sarawak yang bersifat antikerajaan adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau yang ditemui selepas majlis pembayaran zakat perniagaan oleh Pelita Holdings Sdn Bhd dan Magna Fokus Sdn Bhd semalam berkata, siaran radio tersebut tidak mempunyai motif yang kukuh.
Apa yang jelas menurut Taib, siaran radio terbabit tiada rasa hormat kepada kebenaran dan membangkitkan kemarahan banyak pihak yang menyedari akan pembohongannya.
“Soal sama ada siaran radio ini perlu disekat atau tidak adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan untuk memutuskannya.
“Tetapi, saya tahu Radio Free Sarawak bukan satu-satunya siaran radio yang bersifat antikerajaan dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan.
“Mereka ini tidak ada rasa hormat kepada kebenaran, ramai orang mendengarnya dan ramai di kalangan mereka sangat marah kerana mereka tahu ia adalah pembohongan,” kata beliau ketika ditemui pada majlis di pejabatnya di Tingkat 23, Menara Pelita di sini semalam.
Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang dikritik oleh barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing kerana cuba meracuni minda rakyat terutama masyarakat Iban di luar bandar dengan memburuk-burukkan kerajaan.
Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah turut menggesa pihak berkuasa relevan agar mengambil tindakan segera dengan menyekat siaran kedua-dua radio itu kerana cuba menjatuhkan kerajaan BN.
“Kita tidak boleh membenarkan mereka terus menyiarkan pembohongan kerana jika tidak disekat, pada akhirnya ramai di kalangan rakyat akan berfikir ia adalah benar. Ini adalah tidak baik kerana kedua-dua radio ini cuba menjatuhkan kerajaan,” kata Masing kelmarin.
Masing turut mempersoalkan mengapa radio terbabit hanya menyasarkan pendengar di kalangan masyarakat Iban.
“Menyekat adalah satu langkah untuk mereka menggulung siaran dan ia wajar dilakukan seperti yang pernah dibuat pada era 60-an dan 70-an oleh (Kementerian) Pertahanan untuk menghalang propaganda.
“Propoganda Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang mungkin tidak sama, tetapi kedua-dua mesej mereka adalah berbahaya kepada pendengar,” ujar Masing.
Sementara itu, difahamkan Radio Kenyalang menyiarkan program mereka dari jam 5 petang hingga 6 petang setiap hari sebelum diambil alih oleh Radio Free Sarawak.
Monday, January 14, 2013
[Gambar] Sambutan Ketibaan Ketua Menteri Sarawak di Lapangan Terbang Miri 14 Jan 2013
Monday, January 14, 2013
Abdul Taib Mahmud, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Batang Lupar, Bekenu, Fatimah Abdullah, Isteri Ketua Menteri Sarawak, Kelab BN, Lawrence Lai, Nancy Shukrie, P218, PBB, PRU13, Ragad Walid, Ripin Lamat, Rohani Karim, Rosey Yunus, Taib Mahmud
No comments
Saturday, September 8, 2012
Kepimpinan Sarawak Tidak Ditukar Dengan Tergesa-gesa Demi Menjamin Kestabilan Politik: Taib
Saturday, September 08, 2012
Ketua Menteri Sarawak, Miri, Sambutan Hari Keputeraan Gabenor Negeri Sarawak, Sarawak, Taib Mahmud, Tun Salahuddin, TYT
No comments
Sarawak dapat menikmati kestabilan politik dengan adanya proses pertukaran kepimpinan yang selari dengan kehendak rakyat. Kestabilan ini menjamin pembangunan yang terancang dan berterusan.
Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat akan terus menunaikan janji kepada rakyat demi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan transformasi kerajaan yang berkesinambungan. Inilah yang menjadikan Sarawak unik!
Taib jamin proses pertukaran kepimpinan Sarawak tidak dilaksanakan tergesa-gesa
MIRI 8 Sept. - Rakyat Sarawak masih dapat menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang sehingga kini kerana pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tidak dilakukan dengan tergesa-gesa.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak Sarawak menyertai Malaysia 49 tahun dahulu, negeri ini mempunyai lima Yang Dipertua Negeri dan empat Ketua Menteri yang membolehkan kesinambungan pembangunan dirancang dan dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.
"Pertukaran kepimpinan tidak berjalan dengan gopoh supaya negeri kekal aman dan stabil selari dengan kehendak rakyat," katanya semasa berucap pada majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-91 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Stadium Terbuka Miri hari ini.
Taib berkata, sejak diberi kepercayaan rakyat dengan kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri terus melaksanakan janji yang dibuat. - BERNAMA
- Posted using BlogPress from my New iPad
Thursday, August 23, 2012
Pandelela Penerima Johan Bintang Kenyalang Paling Muda di Sarawak!
Thursday, August 23, 2012
Atlet Terjun Negara, Pandelela Rinong Pamg, Pemenang Pingat Gangsa Olimpik, Ragad Taib, Sarawak, Taib Mahmud, Toh Puan Norkiah, Tun Salahuddin
No comments
Kejayaan Pandelela yang dapat meraih pingat gangsa semasa Temasya Sukan Olimpik di London yang lalu telah mendapat pengiktirafan daripada Gabenor negeri Sarawak.
Beliau telah menerima penganugerahan pingat Johan Bintang Kenyalang dan juga biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajiannya ke Australia.
Ini adalah contoh terbaik di mana anak daripada keluarga orang susah yang berjaya dengan berkat usaha dan ketekunan yang gigih untuk meraih kejayaan!
Semoga lebih ramai lagi anak Sarawak yang akan bangkit untuk mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pandelela menerima JBK
by Sandy Mark Luna.
Utusan Borneo 22 Ogos 2012, Rabu
JASA DIHARGAI: Tun Salahuddin (tiga kiri) serta isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (tengah) merakam kenangan bersama Pandelela (dua kanan), Taib (dua kiri) Pamg (kiri), Ragad (tiga kanan) dan Hartini (kanan).
KUCHING: Pandelela Rinong Pamg menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam.Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu merupakan penerima pingat JBK termuda di Sarawak, selepas berjaya membawa balik pingat gangsa pada Sukan Olimpik yang lalu dalam acara terjun.
“Masa nak pergi ambil (anugerah) tadi saya rasa sangat gementar, malah lebih gementar daripada terjun sebab saya pertama kali mendapat penghargaan sebegini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penyampaian Pingat di Astana Negeri, semalam.
Beliau turut ditemani oleh ibu bapanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim serta dua atlet kebangsaan Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas.
Hadir sama, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Pandelela turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Salahuddin atas penghormatan tersebut.
“Ia juga merupakan kebanggaan keluarga saya dan warga Bidayuh,” katanya.
Mengenai biasiswa daripada kerajaan negeri, katanya beliau hanya akan melanjutkan pelajaran setelah berjaya mendapatkan semula fokus terhadap pelajaran.
“Tumpuan sekarang masih kepada latihan. Tetapi memandangkan selepas Olimpik (lalu) tidak ada sukan lain sehingga tahun depan, saya dapat fokus kepada pelajaran,” katanya.
Ditanya beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang apa, Pandelela sekadar memberitahu:
“Tidak tahu. Belum kenal pasti apa yang saya minat tetapi apa yang pasti, saya tidak suka Matematik Tambahan,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, ayahnya Pamg memberitahu bahawa mereka sekeluarga amat berbesar hati atas anugerah yang dikurniakan Tun Salahuddin.
“Sebagai bapa, sudah tentu saya berasa amat berbangga, lebih-lebih lagi ini kali pertama mendapat anugerah,” katanya.
Manakala Menteri Muda Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pencapaian Pandelela merupakan bukti ‘tidak ada apa yang mustahil’, sekiranya seseorang berbekalkan kecekalan untuk berjaya.
“Daripada maklumat yang saya dapat, Pandelela berasal daripada keluarga yang susah tetapi dengan kecekalan dan azam tinggi, beliau kini menjadi seorang yang berjaya.
“Saya berharap golongan belia boleh mendapat inspirasi daripada beliau lebih-lebih lagi setelah beliau diberi penghargaan dalam bentuk insentif oleh kerajaan negeri,” katanya.
Monday, August 20, 2012
Pembangkang Kehabisan Modal di Sarawak?
Monday, August 20, 2012
Barisan Nasional, BN Prihatin, Isu Royalti Minyak Sarawak, Ketua Menteri Sarawak, PBB, Sarawak, Taib Mahmud
No comments
Pembangkang menjadi cemburu apabila Taib mengumumkan perhubungan yang baik terjalin antara kerajaan pusat dan negeri Sarawak.
Ini juga menjadi salah satu faktor untuk membincangkan semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat!
Dulu semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan TPM, Ketua Menteri cuba membincangkan isu ini namun Anwar sendiri mengatakan tiada perbincangan langsung untuk royalti minyak!!
Namun pihak pembangkang sentiasa meletakkan isu royalti ini sebagai manifesto mereka tetapi kini tidak boleh lagi dan mereka mulai cemburu!
Sudahlah janji auta mereka terbongkar malah isu untuk kempen PRU13 kini tiada lagi dalam buku jingay apabila kerajaan pusat pula mengambil inisiatif untuk mengadakan kajian semakan royalti minyak pada kali ini!
Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat: Taib
KUCHING: Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.
Katanya, ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
"Perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan pusat berdasarkan hubungan baik saya dengan perdana menteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.
Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.
Friday, July 13, 2012
Jasa Taib Mahmud Disanjung Oleh World Muslim League!!
Friday, July 13, 2012
Daud Abdul Rahman, Islam, Ketua Menteri Sarawak, RISEAP, Sarawak, Taib Mahmud, World Muslim League
No comments
PAS sememangnya tidak pernah memperjuangkan Islam. Ini terbukti apabila Ketua Menteri Sarawak, selaku Presiden BN Sarawak, telah menerima kunjungan terhormat daripada World Muslim League, untuk mengiktiraf beliau sebagai ahli seumur hidup.
Penghormatan sedemikian jarang dianugerahkan walau pun kepada pemimpin PAS yang habis air liur memperjuangkan lain daripada Islam!
Syabas Pehin Sri kerana perjuangan BN untuk membantu saudara baru dalam Islam di Sarawak mendapat pengiktirafan dunia. Usaha beliau dalam Majlis Dakwah Islam Serantau untuk Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) yang dahulunya dipengerusikan oleh Allahyarham Perdana Menteri Malaysia yang pertama, juga disanjung disekitar Asia Tenggara.
Taib diiktiraf ahli seumur hidup Muslim World League
Posted on July 13, 2012, Friday
AHLI SEUMUR HIDUP: Taib menerima dokumen pelantikan ahli seumur hidup Muslim World League daripada Saeed (tiga kiri) sambil disaksikan Daud (dua kanan) serta ahli rombongan lain.
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diiktiraf menjadi ahli seumur hidup Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islami), sekali gus menjadikan beliau satu-satunya ahli seumpama itu dari Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman yang mengumumkan perkara itu berkata, ia merupakan satu penghormatan kepada kerajaan Sarawak terutama Ketua Menteri kerana dipilih oleh Rabitah.
“Ahli Rabitah ini kebanyakan ahlinya dari seluruh negara di dunia dan di seluruh Malaysia hanya ada seorang sahaja iaitu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ini merupakan satu penghormatan kepada Sarawak khasnya Ketua Menteri.
“Beliau dilantik atas sumbangan yang diberikannya dalam Majlis Dakwah Islam Serantau untuk Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), yang juga merupakan presiden dan beliau begitu banyak menyumbang kepada masyarakat Islam bukan sahaja di Sarawak tetapi di Asia Tenggara dan Asia Pasifik,” katanya ketika ditemui pemberita.
Daud terdahulu mengiringi rombongan Muslim World League yang diketuai Pengarah Pejabat Muslim World League Dr Saeed N. Al Hazmi mengunjungi Taib di pejabatnya di Wisma Pelita di sini, semalam.
Menurut Daud, Taib mampu menerajui banyak pergerakan Islam untuk kebaikan sepanjang beliau menjadi Presiden RISEAP pada 1988 hingga kini.
“Beliau (Taib) menggerakkan banyak pergerakan Islam untuk kebaikan dan bukannya untuk membezakan mereka yang bukan Islam.
“Selain itu beliau membantu masyarakat Islam bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencari sumber pendapatan dan disebabkan sumbangan sebegini Ketua Menteri dipilih menjadi ahli Rabitah seumur hidup,” tegas Daud.
Daud memberitahu Rabitah yang berpangkalan di Mekah mempunyai ahli-ahli dari Arab Saudi dan negara bukan Islam seperti Thailand dan Filipina.
Inisiatif untuk membentuk RISEAP timbul daripada persidangan yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Ke-bajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Rabitah yang diadakan di Kuala Lumpur pada Januari 1980.
Pada persidangan sulung pada 1980, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden RISEAP dan Taib sebagai Timbalan Presiden dari 1980 hingga 1988.
Selepas Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 1988, Taib kemudian dipertanggungjawabkan untuk menerajui RISEAP sebagai Presiden sehingga hari ini.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Saturday, June 2, 2012
Rohani Karim Calon Boleh Menang di Batang Lupar!!
Saturday, June 02, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, Batang Lupar, BN, Calon PRU13, PBB, PRU13, Rohani Karim, Sarawak, Taib Mahmud
No comments
Ahli BN kini boleh menarik nafas lega di Batang Lupar apabila KM mengumumkan bahawa calon wanita bagi kerusi Batang Lupar dikekalkan! Tidak sia-sia usaha ahli parlimen Batang Lupar yang mengaktifkan bilik perang dengan lebih awal dalam menghadapi PRU13.
Kini bakal calon BN yang disenarai pendek untuk bertanding menggantikan calon penyandang kerusi Batang Lupar bolehlah melupuskan impian mereka. Walau bagaimana pun janganlah mereka ini jauh hati atau menyendiri kerana mereka masih diperlukan untukmeneruskan usaha jentera pilihanraya di Batang Lupar.
Tahniah juga kami ucapkan kepada Datuk Rohani Karim yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri sebagai calon boleh menang dan juga calon pilihan rakyat di Batang Lupar. Semoga kemenangan BN terus mantap di Parlimen Batang Lupar.
Jangan pertikai calon yang diputuskan untuk PRU13: Taib
Posted on June 1, 2012, Friday
PUSA: Rakyat Sarawak khususnya anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak belot atau mempertikaikan calon yang diputuskan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata walaupun calon BN itu tidak memiliki paras rupa sekalipun, rakyat harus memberi sokongan kerana calon yang dipilih mempunyai kredibiliti tersendiri.
Sambil mengumumkan akan mengekalkan calon wanita bagi Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, beliau berkata semua anggota parti komponen BN tidak seharusnya mempertikaikan calon yang ditentukan pemimpin atasan parti.
“Perasaan yang tidak sukakan calon yang bakal bertanding hanya kerana paras rupa atau perkara-perkara lain harus diketepikan.
“Ini kerana PRU13 ini adalah hak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Ia lebih penting,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Luar Bandar di pekarangan Stesen Bas Pusa, semalam.
Beliau berkata, rakyat perlu meletakkan tanggungjawab memimpin negeri ini kepada pihak yang berpengalaman luas memimpin negara.
Katanya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang yang ada strategi pembangunan tersusun serta terancang dan mampu mengimbangi setiap situasi yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
“Buktinya… semasa berlaku masalah ekonomi terutama yang melibatkan krisis kenaikan harga minyak dunia, yang menyebabkan harga barangan melonjak naik, kerajaan menyediakan pelbagai pelan sampingan untuk menghadapi masalah berkenaan agar rakyat tidak berasa terlalu tertekan.
“Antaranya seperti pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia, pengaihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan dan banyak lagi skim bantuan lain. Semuanya dilakukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat negara ini,” kata Taib.
Mengenai pembangunan di Parlimen Batang Lupar beliau berkata, kewujudan banyak ladang kelapa sawit di kawasan itu memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar kawasan itu.
“Buktinya ialah pembukaan ladang perindustrian yang berasaskan kelapa sawit berkembang pesat di Parlimen ini.
“Pembukaan ribuan hektar ladang kelapa sawit di Parlimen ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Usaha ini secara tidak langsung juga mampu melonjakkan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata perkembangan pesat aktiviti perladangan di kawasan itu menjadi perintis kepada pembukaan rangkaian jalan ke seluruh pelosok negeri ini dan ia sekali lagi memberi kemudahan asas terbaik kepada rakyat.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Bahagian Hal-Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datin Mahani Tan Abdulah dan isteri Taib iaitu Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
- Posted using BlogPress from my iPad
Subscribe to:
Posts (Atom)

















