Saturday, September 8, 2012

Kepimpinan Sarawak Tidak Ditukar Dengan Tergesa-gesa Demi Menjamin Kestabilan Politik: Taib


Sarawak dapat menikmati kestabilan politik dengan adanya proses pertukaran kepimpinan yang selari dengan kehendak rakyat. Kestabilan ini menjamin pembangunan yang terancang dan berterusan.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat akan terus menunaikan janji kepada rakyat demi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan transformasi kerajaan yang berkesinambungan. Inilah yang menjadikan Sarawak unik!

Taib jamin proses pertukaran kepimpinan Sarawak tidak dilaksanakan tergesa-gesa

MIRI 8 Sept. - Rakyat Sarawak masih dapat menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang sehingga kini kerana pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tidak dilakukan dengan tergesa-gesa.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak Sarawak menyertai Malaysia 49 tahun dahulu, negeri ini mempunyai lima Yang Dipertua Negeri dan empat Ketua Menteri yang membolehkan kesinambungan pembangunan dirancang dan dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.

"Pertukaran kepimpinan tidak berjalan dengan gopoh supaya negeri kekal aman dan stabil selari dengan kehendak rakyat," katanya semasa berucap pada majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-91 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Stadium Terbuka Miri hari ini.

Taib berkata, sejak diberi kepercayaan rakyat dengan kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri terus melaksanakan janji yang dibuat. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda