Kek Logo 1Malaysia terpanjang telah dicatat di MBR. Kek ini adalah hasil pelajar Seni Kulinari dari Institut Teknologi Riam.
Teknik terbaharu digunakan untuk mencipta kek sepanjang 29 meter ini. Kek ini akan dijual dengan harga RM3 dan akan digunakan untuk menderma kepada Tabung Sekolah Menengah Riam.
RIT hasil kek logo 1M’sia terpanjang
Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu
MIRI: Pelajar Seni Kulinari Institut Teknologi Riam (RIT) Miri berjaya menghasilkan kek logo 1Malaysia sepanjang 29 meter untuk dicatat sebagai rekod baharu negara dalam Malaysia Book Of Records (MBR).
Bersaiz lebar 13 meter, kek itu dihasilkan oleh seramai 75 pelajar yang diketuai oleh Pensyarah Seni Kulinari RIT, Leu Kien Chung.
“Sebelum ini ada rekod untuk kek lapis Sarawak terpanjang dan kita cuba buat kelainan dengan menghasilkan kek 1Malaysia terpanjang. Kita berharap untuk menghasilkan rekod baharu negara dari pembuatan kek ini,’ jelasnya.
Beliau berkata, sejumlah hampir RM6,000 dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan kek yang didermakan oleh ahli lembaga pengurusan RIT, Sekolah Menengah Riam Road (RRSS) dan umum.
Leu memberitahu, tempoh empat hari diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya kek dan ‘fondant’ yang kemudian disusun di dewan RIT.
Sebanyak 1,400 keping kek disambung sebagai logo 1Malaysia dan dihiasi dengan lapisan ‘fondant’ yang diwarnakan mengikut warna Jalur Gemilang.
‘’Setiap keping kek akan dijual dengan harga RM3 dan hasil akan disumbangkan untuk tabung sekolah kita (RRSS),” ujarnya.
Hadir sama untuk menyaksikan majlis mengukur kek itu ialah Ahli Lembaga Pengarah Kehormat RRSS dan RIT, Datuk David Goh Kien Ping, Pengerusi RRSS dan RIT, Tan Sri Datuk Jimmy Lau dan Ketua Pegawai Eksekutif RIT, Datuk Dr Fong Onn Min.

0 comments:
Post a Comment