Mereka inilah penakut dan pengecut untuk menerima kenyataan. Kalau berani bubarkanlah DUN secepat mungkin!!!
Selangor Enggan Bubar Dun Kerana Sedar Peluang Menang Tipis, Kata Syed AliKUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan negeri Selangor yang dilapor enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang disebabkan ia sedar peluang untuk memenangi semula negeri itu tipis.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kegagalan kepimpinan kerajaan Selangor menangani pelbagai masalah menyebabkan rakyat kini mula beralih pandangan kepada Barisan Nasional (BN).
"Pada saya, keputusan mahu mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan adalah bertujuan untuk mengekalkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) sahaja dan keputusan itu bukan dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat. Ia hanya untuk mempertahankan kuasa politik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat(PKR)-DAP-PAS yang baru-baru ini dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.
"Oleh itu, rakyat perlu sedar untuk menilainya...saya percaya rakyat hari ini semakin bijak untuk membuat pertimbangan di antara setiap parti itu," katanya sambil menambah pembangkang akan terus mencipta retorik demi kelangsungan politik sempit mereka.
0 comments:
Post a Comment