Wednesday, September 5, 2012

Balai Bomba Baharu Untuk Batu Niah!!


Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa mendahulukan rakyat kini merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk memohon peruntukan demi membina balai bomba di Batu Niah.

Ini untuk tujuan keselamatan lebih-lebih lagi dalam menangani masalah kebakaran di belukar ataupun di hutan semasa cuaca yang kering dan terik.

Buat masa kini, balai bomba yang berdekatan terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Miri. Ini menyukarkan pegawai bomba untuk memadamkan walau kebakaran yang ke il kerana dalam tempoh sejam sahaja kebakaran yang kecil boleh membinasakan segalanya!

Walau pun bayangan untuk balai bomba ini sudah ada sejak 2006, namun peruntukan disalurkan untuk projek yang lebih penting lagi. Kini mungkin masanya untuk membentangkan semula.

Semoga Ahli Parlimen Sibuti dapat memohon untuk mendapatkan balai bomba dalam Rancangan Malaysia Ke-11 pula!

Permohonan bina balai bomba di Batu Niah akan dibentang lagi

Utusan Borneo 5 September 2012, Rabu

MIRI: Permohonan untuk membina balai bomba di Batu Niah akan dibentangkan sekali lagi dalam Persidangan Dewan Rakyat September ini, demikian tegas Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Beliau memberitahu, Sibuti memerlukan balai bomba baharu bagi mengatasi masalah kelambatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Miri jika berlaku kes kebakaran.

“Pemohonan untuk balai bomba baharu Batu Niah diluluskan pada tahun 2006 namun peruntukan untuk projek itu disalurkan dahulu kepada projek-projek yang diberi keutamaan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, pemohonan itu akan diusulkan semula pada Persidangan Dewan Rakyat kelak supaya kawasan Sibuti tidak tercicir daripada menerima kemudahan terbabit.

“Kita berharap pemohonan untuk membina balai bomba Batu Niah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi mengatasi masalah kebakaran di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya tapak untuk pembinaan balai bomba berkenaan telah diluluskan di Sepupok, Batu Niah namun pelaksanaannya masih menunggu peruntukan daripada kerajaan.

“Kebanyakan kebakaran yang berlaku di Niah sukar dipadamkan kerana jarak balai
bomba dari Miri terlalu jauh sementara perjalanan pasukan bomba ke lokasi kejadian memakan masa selama satu jam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mengutamakan projek ini dalam RMK-11 bagi mengatasi masalah kemusnahan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.

“Walaupun terdapat pasukan sukarelawan bomba dari Batu Niah dan Bekenu, namun ia tidak memadai berikutan kurangnya kepakaran dan kelengkapan pasukan berkenaan memadamkan api,” jelasnya.

Katanya faktor jarak menjadi masalah utama kepada pasukan bomba dari Miri bagi menjalankan operasi pemadaman dan setiap kali berlaku kebakaran, ia akan memusnahkan keseluruhan harta benda.

- Posted using BlogPress from my New iPad


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda