PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Thursday, August 29, 2013

Peguam Jadi Ketua Pemuda PBB Bekenu.

Tahniah kepada Firdaus yang diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan barisan pemuda cawangan Bekenu. 

Khabarnya beliau pernah dipelawa oleh PAS untuk menjadi calon PRU13 tetapi kesetiaan beliau terhadap BN masih berkobar-kobar sehingga  PAS balik dengan tangan kosong.

Mungkin PAS tidak sedar bahawa Firdaus sudah lama berkecimpung dalam pemuda Bekenu dan baru sekarang diberi mandat oleh pemuda Bekenu untuk menerajui mereka. 

Orangnya memang tegas dan warak dan tidak mudah lari dari perjuangan asas terhadap parti PBB.  Syabas kepada Firdaus dan pemuda PBB Bekenu!

Firdaus dilantik ketua Pemuda PBB Bekenu

Posted on August 23, 2013, Friday

MIRI: Seorang peguam muda, Firdaus Morshidi telah diberi mandat untuk menerajui Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N61 Bekenu apabila dilantik sebagai ketua pergerakan tersebut.

Pelantikan beliau diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N61 Bekenu yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu pada Ahad lalu.

Firdaus, 37, yang merupakan anak jati tempatan dan berasal dari Niah dilantik menyandang jawatan itu setelah menang tanpa bertanding dalam proses undian yang diadakan semasa mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat sama turut menyaksikan pelantikan Babu Lasan sebagai naib ketua, Sharbini Salleh (setiausaha), Ahmad Zaini Ramli (naib setiausaha), Malina Lasa (bendahari), Arbi Jukin (naib bendahari), Mohd Azizul (penerangan) dan Radiman Abdul Manan (naib penerangan).

Semua jawatan tersebut telah dimenangi tanpa bertanding semasa proses undian dilakukan.

Manakala lapan ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang lain terdiri daripada Awang Sapiee Awang Taip, Awang Mohd Hashriq Awang Pungut, Abdul Halik Jafar, Mohiddin Masleh, Anuar Bujang, Johny Ho dan Mazari Mahdar.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/08/23/firdaus-dilantik-ketua-pemuda-pbb-bekenu/#ixzz2dKiBfG9e

Thursday, August 1, 2013

Program Ihsan Ramadhan & Aidilfitri Tanda Sentuhan Kasih 1Malaysia

 

IMG_3284

IMG_3286

BEKENU – Seramai 100 orang di sekitar Bekenu menerima sentuhan kasih sempena Program Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri 1Malaysia di Masjid Al Muttagin, Bekenu petang semalam.   Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Amanah dan Kebajikan Masjid Al Muttaqin Bekenu, YBhg Dato Usop bin Wahap. 

Beliau turut mengagihkan sumbangan Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri yang disumbangkan oleh 1MDB, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sibuti, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bekenu dan beberapa syarikat korporat. 

Antara yang menerima sumbangan adalah golongan ibu tunggal, golongan fakir miskin, golongan OKU serta 29 orang peserta Majlis Tadarus Al-Quran dan solat Terawih berjemaah sepanjang Ramadhan di Masjid Al Muttaqin, Bekenu.  Acara ini merupakan acara tahunan yang berjaya memberi sentuhan kasih 1Malaysia bagi meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Majlis yang bermula selepas solat Asar ini diteruskan dengan acara Sungkei atau berbuka puasa dan kemudian dilanjutkan dengan solat jemaah Maghrib.  Pelbagai juadah dihidangkan yang berupa makanan tempatan  disamping  pulut kuning bagi menandakan khatamal Al-Quran.

Acara diteruskan dengan Majlis Khatamal Al-Quran setelah selesai solat Isyak dan sembahyang Terawih berjemaah. 

Lagi gambar menarik di sini

Baca Blog Dalam Facebook Anda