30 lagi pengganas Sulu maut
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.
Serangan yang dinamakan 'Ops Daulat' itu bermula pukul 7 pagi apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kekuatan tiga pesawat F-18D Hornet dan lima Hawk 208 menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom panduan laser di kawasan musuh berkubu.
Fasa kedua serangan pula dimulakan sebaik sahaja pesawat F-18D Hornet dan Hawk 208 berlalu, apabila Tentera Darat yang menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi melihat kesan kemusnahan akibat pengeboman dan kemudian bertindak melepaskan tembakan mortar.
Kemudian fasa ketiga iaitu sesi pembersihan musuh dilancarkan oleh kira-kira 2,000 anggota Tentera Darat dan PDRM termasuk unit komando dari Grup Gerak Khas (GGK) serta VAT 69 dengan dibantu kenderaan perisai jenis Condor bagi menghapuskan saki-baki musuh.
Tumpuan serangan ialah di kawasan ladang kelapa sawit berbukit dan berpaya seluas empat kilometer, di mana lebih 100 pengganas Sulu diketuai Azzumudie yang bertindak membunuh dua anggota komando VAT 69 pada 1 Mac lalu selepas berpura-pura menyerah diri berada.
Pada masa yang sama, pemeriksaan dari rumah ke rumah juga dilakukan secara teliti oleh GGK dan VAT 69 kerana pengganas Sulu dikesan cuba melengah dan menyukarkan operasi pihak keselamatan dengan menyamar sebagai penduduk kampung berketurunan Suluk.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam sidang akhbar selepas operasi itu berakhir menyifatkan operasi itu satu kejayaan kepada pihak keselamatan negara hasil kerjasama erat antara ATM dan PDRM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"Selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera dan polis, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua unit pasukan beruniform ini dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo," katanya di sini hari ini.
Pujian serupa turut diberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bangga dengan semangat membara anggota keselamatan negara yang terlibat dalam 'Ops Daulat' bagi menghapus pengganas asing berkat sokongan serta dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia.
Jumaat lalu, dua anggota VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud maut ditembak di kepala selepas terpedaya dengan taktik keji pengganas Sulu yang mengibar bendera putih sebelum bertindak menyerang anggota keselamatan.
Esoknya, enam lagi wira negara tumpas diserang hendap kumpulan penceroboh di Simunul, Semporna dengan dua daripada anggota polis tersebut dibunuh kejam apabila pengganas Sulu memenggal kepala dan membelah dada mangsa sebelum mengeluar organ dalaman.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan sehingga tengah malam tadi operasi pembersihan masih dijalankan oleh tentera dan polis tetapi dilakukan secara berhati-hati kerana dipercayai masih terdapat saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit.
Langkah berhati-hati itu perlu dilakukan kerana pengganas Sulu yang disokong tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memiliki kemahiran tinggi dalam taktik peperangan gerila dan telah banyak kali bertempur dengan tentera Filipina sebelum ini.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Felda Sahabat 17. Show all posts
Showing posts with label Felda Sahabat 17. Show all posts
Wednesday, March 6, 2013
49 Lanun Sulu Terbunuh Setakat Ini
Wednesday, March 06, 2013
Abgimuddin, Felda Sahabat 17, Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, Ops Daulat, OPS Sulu, Penceroboh Lahad Datu, Sultan Sulu, Sultan Sulu Palsu
No comments
Menurut Utusan Online seramai 49 lanun Sulu sudah terbunuh dalam Ops Daulat. Tiada anggota keselamatan kita yang cedera setakat ini. Semoga lebih cepat pihak keselamatan membasmi lanun Sulu.
Saturday, March 2, 2013
Bongkar!! Rupanya Kerja Orang Dalaman Isu Sabah #Standoff!
Saturday, March 02, 2013
Agen USA, Anwar Ibrahim, Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Komando, Malaysia, MNLF, Nur Misuari, Penceroboh Lahad Datu, Raja Muda Sultan Sulu, Sabah, Sultan Sulu, Tali barut Yahudi, Tausug, UTK, VAT69
No comments
Sebelum ini kita pernah dengar bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan pusat untuk membina UNIMAS di Sarawak tetapi dihantar ke UMS di Sabah demi mendapat undi untuk menjadi pemimpin nombor 2 UMNO. Dia memang pandai berjanji!
Entah apa pula yang telah dijanjikan dengan Sultan Sulu dan MNLF? Adakah beliau menjanjikan Sabah milik Sulu sekiranya Pakatan Haram memerintah? Adakah Sultan Sulu ditipkan untuk menyerang apabila Parlimen bubar? Mungkin Anwar lupa untuk memberitahu bahawa jangkaan beliau salah bahawa Najib belum membubarkan Parlimen tetapi Sultan Sulu sudah bertindak terlebih dahulu! Siapakah yang harus dipersalahkan oleh Anwar?
Tahukan Anwar bahawa dua pemimpin PKR telah ke Filipina pada awal Februari 2013 seperti gambar di bawah ini? Baca di sini
Mari kita ikuti pendedahan oleh Media Permatang Pauh di bawah.
Entah apa pula yang telah dijanjikan dengan Sultan Sulu dan MNLF? Adakah beliau menjanjikan Sabah milik Sulu sekiranya Pakatan Haram memerintah? Adakah Sultan Sulu ditipkan untuk menyerang apabila Parlimen bubar? Mungkin Anwar lupa untuk memberitahu bahawa jangkaan beliau salah bahawa Najib belum membubarkan Parlimen tetapi Sultan Sulu sudah bertindak terlebih dahulu! Siapakah yang harus dipersalahkan oleh Anwar?
Tahukan Anwar bahawa dua pemimpin PKR telah ke Filipina pada awal Februari 2013 seperti gambar di bawah ini? Baca di sini
Mari kita ikuti pendedahan oleh Media Permatang Pauh di bawah.
DEDAH!! BUKTI PENGLIBATAN ANWAR DENGAN NUR MISUARI DI LAHAD DATU.
Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.
Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.
Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.
Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.
Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.
Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.
Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI)
Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.
Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...
Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama?
Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.
Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?
Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?
Friday, March 1, 2013
Terkini! Senarai Nama dan Foto - Anggota Polis Terkorban di Lahad Datu!
Friday, March 01, 2013
Anggota Polis Terkorban, Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Lanun Sultan Sulu, Pertempuran Lahad Datu, Raja Muda Sultan Sulu, Sabah Stand Off, Sultan Kiram III, Tausug
No comments
Salam takziah buat keluarga kepada anggota polis yang menjadi wira negara membanteras lanun Sulu. Berikut adalah info disedut dari Info4TheTruth.
LAHAD DATU - FOTO DAN SENARAI KORBAN DAN CEDERA !!!
Foto : Allahyarham Insp Zulkifli Mamat bersama isteri dan anak-anaknya1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)
Subscribe to:
Posts (Atom)











