PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Shahrizat Pasti Wanita Sarawak Pilih BN!

Sokongan wanita kepada BN di Sarawak masih padu.  Wanita bijak memilih kerajaan yang akan menjamin kestabilan ekonomi dan kesejahteraan keluarga.   Mereka tidak akan terpedaya dengan helah politik pembangkang yang hanya datang bermusim. 

Setelah habis musim pilihan raya maka pembangkang akan golong tikar terlebih dahulu baik menang atau kalah kerana mereka tiada halah tuju yang jelas tetapi mengigau bersama dengan Ketua Pembangkang mereka.  

Semoga wanita Sarawak tidak akan menyesal akibat salah pilih kerajaan kerana kerajaan BN sahaja yang dapat menjamin masa hadapan anak-anak mereka.  Lihatlah apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang.  

Bukalah mata kita semua bagaimana mereka melakukan porak- peranda penuh sengketa dengan pentadbiran yang remeh dan bermasalah.  Ini baru negeri bagaimana pula kalau negara pastilah hancur dan musnah masa hadapan keluarga terutama sekali anak-anak kita.

Jadilah pengundi yang bijak memilih!!
Wanita pasti memilih BN

by Agnes Tugong. Utusan Borneo

JENTERA WANITA BN: Shahrizat (kanan) merakam kenangan bersama Taib dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib selepas pelancaran jentera Wanita BN di Kuching semalam. — Gambar Chimon Upon
Pengundi wanita di negeri ini tidak akan perjudi masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang

KUCHING (5 Feb): Pengundi wanita di negeri ini tidak akan memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pusat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang yakin dengan perkara ini berkata 49.97 peratus daripada pengundi wanita di negeri ini mahukan kestabilan negara.

Justeru katanya, walaupun akan menerima tohmahan fitnah daripada pembangkang tetapi akhirnya wanita akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada masa depan mereka, anak-anak dan keluarga.

“Berdasarkan maklum balas yang kita dapat daripada jentera BN, rakyat akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada rakyat terutama dalam kalangan pengundi wanita.

“Saya nampak keputusan pilihan raya negeri yang lepas agak mengejutkan pihak pembangkang yang terlalu yakin bahawa mereka boleh datang ke Sarawak tetapi rakyat pada akhirnya masih mahu parti yang dapat membawa perpaduan dan kestabilan.

“Harapan saya, semoga keputusan PRU13 akan mencerminkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.

Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atas tambahan kuota wanita di Sarawak khasnya PBB.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat turut menggesa ketua-ketua wanita bagi parti-parti komponen BN iaitu SUPP, PRS, SPDP dan PBB teruskan kerjasama untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRU akan datang.

Katanya jika jentera dan pengundi wanita teguh kepada BN, parti tidak akan terjejas meskipun sering mendapat ancaman daripada pihak lawan.

Melihat kepada persediaan rapi jentera Wanita BN Negeri, Sharhrizat turut yakin Sarawak akan menjadi negeri yang menyapu bersih semua 31 kerusi yang diperuntukkan.

Thursday, August 2, 2012

Rafizi Pecah Amanah - Bakal Dipenjara 3 Tahun Atau Denda RM 3 Juta?

Apabila menjawat tugas yang perlu mengendalikan perihal sulit yang termaktub dalam BAFIA, maka kita hendaklah melakukannya dengan penuh integriti dan amanah.

Janganlah menjadi seperti Rafizi yang telah pecah amanah dan kini akan didakwa di mahkamah.  Jika sabit kesalahan maka dia mungkin dipenjara 3 tahun atau denda 3 juta atau kedua-duanya sekali!  

Peringatan kepada pegawai yang menguruskan hal berkaitan dengan kewangan dan akaun, jangan jadi seperti Rafizi Ramli, whistleblower yang bijak bukan seperti beliau!!!

Rafizi mengaku tidak bersalah dedah penyata akaun berkaitan NFC

Utusan Borneo 2 Ogos 2012, Khamis
SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semulakedua-dua kes pada 10 Sept ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyediakan dana khas bagi membiayai kos guaman MohdRafizi iaitu RM500,000 atau 10 peratus daripada dana RM5 juta yang disediakan di bawah peruntukan untuk pemberi maklumat kepada kegiatan rasuah.

Dana RM5 juta itu merupakan peruntukan yang disediakan di bawah Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini semalam. — Bernama

Sunday, April 8, 2012

Najib Tambah Portfolio Baru!?!?!

Jelajah Janji Ditepati sudah mula bergerak!?!?  Namun di atas kesibukan tugas untuk menghadiri acara bersama rakyat, Najib Razak telah menambahkan lagi portfolio beliau!?!?  Ini berikutan tamat tempoh Shahrizat Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!?!  Namun demikian, Shahrizat masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO!?!?  Jasa dan sumbangan Shahrizat kepada seluruh kaum hawa di Malaysia memang mendatangkan kesan kepada mereka yang telah dibela nasibnya semenjak Shahrizat mula memegang portfolio berikut!!??

Dari ibu tunggal ke suri rumah kesemuanya dibela dan diberi pertolongan baik dari segi nasihat atau bantuan kewangan untuk meringankan beban!!?!  Ada juga yang dijemput untuk menyertai kursus-kursus bagi meningkatkan peluang kaum Hawa untuk menceburi bidang keusahawanan!?!?  Jasa Shahrizat akan dikenang dan disanjung!?!?!  Semoga Shahrizat akan berusaha untuk terus memajukan kaum Hawa dalam UMNO pula!?!?
Najib Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
 
TEMERLOH, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.

Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.

"Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan," katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah, di sini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp).

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.

Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terus memberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno.

"Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untuk menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Ketika berucap pada majlis berkenaan juga, Najib turut meminta semua pimpinan parti dan kerajaan supaya terus menyelami hati dan nurani rakyat.

"Saya berani katakan rakyat semakin memihak pada kita, semakin menaruh rasa sayang, Shahrizat (menerusi program kementerian itu sebelum ini) tekankan perkataan sayang, kalau rakyat sokong, ianya (sokongan itu) adalah dalam minda mereka, tetapi bila rakyat sayang, ianya (sayang itu) letak di hati, bila turun ke hati, pilihannya tentulah hanyalah satu (kepada Barisan Nasional)," katanya.

Najib berkata rakyat akan dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menambahbaik kehidupan mereka menerusi pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.

Katanya, rakyat juga boleh menilai janji-janji yang ditunaikan kerajaan Barisan Nasional berbanding kerajaan pimpinan parti pembangkang yang ternyata gagal melaksanakan sebarang janji yang mereka buat pada pilihan raya sebelum ini.

-- BERNAMA

Baca Blog Dalam Facebook Anda