Tuesday, February 5, 2013

Shahrizat Pasti Wanita Sarawak Pilih BN!

Sokongan wanita kepada BN di Sarawak masih padu.  Wanita bijak memilih kerajaan yang akan menjamin kestabilan ekonomi dan kesejahteraan keluarga.   Mereka tidak akan terpedaya dengan helah politik pembangkang yang hanya datang bermusim. 

Setelah habis musim pilihan raya maka pembangkang akan golong tikar terlebih dahulu baik menang atau kalah kerana mereka tiada halah tuju yang jelas tetapi mengigau bersama dengan Ketua Pembangkang mereka.  

Semoga wanita Sarawak tidak akan menyesal akibat salah pilih kerajaan kerana kerajaan BN sahaja yang dapat menjamin masa hadapan anak-anak mereka.  Lihatlah apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang.  

Bukalah mata kita semua bagaimana mereka melakukan porak- peranda penuh sengketa dengan pentadbiran yang remeh dan bermasalah.  Ini baru negeri bagaimana pula kalau negara pastilah hancur dan musnah masa hadapan keluarga terutama sekali anak-anak kita.

Jadilah pengundi yang bijak memilih!!
Wanita pasti memilih BN

by Agnes Tugong. Utusan Borneo

JENTERA WANITA BN: Shahrizat (kanan) merakam kenangan bersama Taib dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib selepas pelancaran jentera Wanita BN di Kuching semalam. — Gambar Chimon Upon
Pengundi wanita di negeri ini tidak akan perjudi masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang

KUCHING (5 Feb): Pengundi wanita di negeri ini tidak akan memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pusat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang yakin dengan perkara ini berkata 49.97 peratus daripada pengundi wanita di negeri ini mahukan kestabilan negara.

Justeru katanya, walaupun akan menerima tohmahan fitnah daripada pembangkang tetapi akhirnya wanita akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada masa depan mereka, anak-anak dan keluarga.

“Berdasarkan maklum balas yang kita dapat daripada jentera BN, rakyat akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada rakyat terutama dalam kalangan pengundi wanita.

“Saya nampak keputusan pilihan raya negeri yang lepas agak mengejutkan pihak pembangkang yang terlalu yakin bahawa mereka boleh datang ke Sarawak tetapi rakyat pada akhirnya masih mahu parti yang dapat membawa perpaduan dan kestabilan.

“Harapan saya, semoga keputusan PRU13 akan mencerminkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.

Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atas tambahan kuota wanita di Sarawak khasnya PBB.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat turut menggesa ketua-ketua wanita bagi parti-parti komponen BN iaitu SUPP, PRS, SPDP dan PBB teruskan kerjasama untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRU akan datang.

Katanya jika jentera dan pengundi wanita teguh kepada BN, parti tidak akan terjejas meskipun sering mendapat ancaman daripada pihak lawan.

Melihat kepada persediaan rapi jentera Wanita BN Negeri, Sharhrizat turut yakin Sarawak akan menjadi negeri yang menyapu bersih semua 31 kerusi yang diperuntukkan.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda