Tuesday, February 19, 2013

PAS Masuk BN Sarawak?

Akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan merana. Mungkinkah disebabkan Anwar Ibrahim menghina pemimpin PAS semasa menghadiri perjumpaan dengan kaum Cina di Sabah pada 10 Feb 2013 yang lalu, akhirnya PAS mula membuat rundingan dengan BN Sarawak?

PAS yang menghantar Husam Musa telah berjumpa dengan CM Sarawak!

Apakah perkara yang dibincangkan. Politik atau lompat parti?

Rupa-rupanya Husam mengetuai sebuah pergerakan untuk meningkatkan royalti bagi negeri pengeluar minyak di Malaysia daripada kerajaan pusat yang bergelar R for Royalties.

Adakah CM Sarawak akan bersetuju dengan Husam Musa kali ini?

Adakah Husam berbincang tentang royalti atau cuba mengisi borang untuk menyertai PBB memandangkan PAS sudah terkubur di Sarawak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda