Wednesday, February 27, 2013

Ahmad Lai Cadang Kaji Keselamtan Pengguna Jalan di Kawasan Suai, Bekenu.


Selagi canang belum dipalu, selagi gendang perang belum dikeluarkan, selagi itulah Ahli Parlimen P.218 Sibuti bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membangunkan kawasan Sibuti.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Sibuti, yang prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai, telah mencadangkan agar satu kajian dijalankan untuk memastikan hubungkait kemalangan yang kerap berlaku di kawasan jalan yang beralun terutama di jalan persisir pantai yang menghubungkan Miri dengan Bekenu.

Cadangan ini disambut baik oleh Pengerusi Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah yang berharap agar kajian ini dapat dilakukan dengan segera untuk manfaat pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai khususnya.

Inilah dedikasi Ahli Parlimen BN yang sentiasa memastikan rakyat Sarawak akan terus membangun dan juga sihat serta selamat sentiasa dalam arus trasnformasi kerajaan.


Cadangan kaji jalan beralun disokong

by Rosemaria Buma.



PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.

MIRI (27 Feb 2013) Utusan Borneo: Penduduk di kawasan Suai, Niah menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang agar satu kajian dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung masalah jalan raya beralun yang merupakan salah satu punca sering berlaku kemalangan di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu.

Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah, Tuai Rumah Boniface Bada Enjah yang mewakili penduduk di kawasan Suai memberitahu mereka amat mengalu-alukan cadangan itu dan berharap kajian dapat dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Katanya memang diakui keadaan permukaan jalan raya beralun di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu menimbulkan masalah kepada para pengguna jalan raya terutama penduduk kampung di kawasan Bekenu hingga Suai yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan setiap hari.

“Justeru, kami berharap kajian dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes kemalangan jalan raya berlaku di jalan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Borneo sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang disiarkan dalam laporan akhbar minggu lalu.
Dalam laporan itu, Ahmad Lai memberitahu bahawa masalah jalan beralun di jalan pesisir pantai antara Miri-Bekenu telah dimajukan kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kerja Raya untuk dikaji dan dianalisis.
Pada masa sama, Boniface berharap kerajaan tidak melupakan beberapa jalan di kawasan luar bandar seperti jalan-jalan kampung termasuk jalan kampung hulu Suai, Niah.

Katanya jalan kampung hulu Suai, Niah yang sepanjang 25km dari Kampung Iran hingga ke Rumah Goyang telah dibina pada 1999.

Menurut beliau, jalan tanah merah ini yang hanya ditabur batu kasar merupakan laluan utama untuk para penduduk dari 11 rumah panjang dan dua kampung yang terdapat di kawasan terbabit.

“Kami amat berharap kerajaan dapat menaik taraf jalan Hulu Suai ini dengan segera memandangkan keadaan jalan berkenaan yang semakin teruk dan berlubang.

“Apabila hujan turun, ia menjadi semakin berlumpur dan bila panas, sangat berdebu hingga menjejaskan pandangan,” katanya.

Selain itu, ia juga merupakan laluan utama untuk para penduduk membawa keluar hasil tuaian buah tandan segar kelapa sawit dengan purata bulanan seberat 1,000 tan metrik.

Rumah panjang terbabit terdiri daripada Rumah Gerang, Rumah Libau, Rumah Senit, Rumah Ngadang, Rumah Siang, Rumah Ansang, Rumah Tarang, Rumah Gansor, Rumah Junit, Rumah Hassan dan Rumah Freddy serta dua kampung iaitu Kampung Baru Suai serta Kampung Tegageng.

Manakala tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sebatok, SK Kampung Tegageng dan SK Rumah Goyang serta Klinik Kesihatan Kampung Tegageng.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda