Saturday, February 2, 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia Dilancarkan!!!

Bagi pemuda khasnya mereka yang berumur di antara 17 tahun hingga ke 40 tahun maka jangan lepaskan peluang ini.  Kerajaan memberi kemudahan untuk anda memiliki lesen menunggang motosikal dengan bayaran sebanyak RM199 sahaja.  Ini bagi mereka yang belum pernah memiliki lesen kenderaan bermotor sebelum ini dan boleh dibuat di semua 222 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
    MyEG 03-7801 8888
  10. Tiada cara pintas
Bagi yang ingin mendaftar secara online sila ke pautan ini.
Borang bantuan lesen 1Malaysia mula diedar

Utusan Borneo

KUALA LUMPUR (1 Feb): Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai semalam.

Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran sebanyak RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkapdi pusat yang diluluskan.

“Bayaran dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Program BL1M di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Barisan Nasional dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sempena program Himpunan Orang Muda di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

Dalam pada itu, Norraesah mengingatkan orang ramai bahawa BL1M, Pemuda BN dan MYEG tidak pernah melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada dari pintu ke pintu mahupun di tempat awam.

Menurutnya, MYEG merupakan satu-satunya agensi yang dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu.

Yakin program itu akan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya secara am, Norraesah berkata sambutan menggalakkan yang diterima secara talian oleh MYEG sejak ia diumumkan pertengahan bulan ini, menunjukkan bahawa orang ramai memandang positif terhadap manfaat program itu.

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahundan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali,ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana institut memandu yang mahu menyertai program BL1M perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan memenuhi kriteria tertentu serta menjalani sistem pembidaan terbuka.

Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda