PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label BR1M2. Show all posts
Showing posts with label BR1M2. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Nik Aziz Nyanyuk Gelar Penerima BR1M2 Sebagai Haiwan!!

Nik Aziz sememangnya tidak membaca beria lain selain daripada Haramkah mereka.  Manalah orang tua tu tahu di Singapura pun rakyat dibela seperti di Indonesia dan juga Australia.  Tapi lihatlah kadar cukai yang dikenakan ke atas mereka?   

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana cukai yang dikenakan tidak setinggi negara-negara seperti Singapura dan juga Australia.  Tetapi Nik Aziz tidak tahu mengenai semua itu kerana otak beliau semakin kusut akibat dihasut oleh DAP.  Bukan itu sahaja, apabila Hadi Awang ingin mengangkat Ku Li sebagai pengganti Anwar Ibrahim dan bukan menantu beliau menyebabkan beliau kecewa.  Mungkin inilah kerjaya politik terakhir Nik Aziz kerana Kelantan bakal diTukar dengan Barisan Nasional!!

Nik Aziz bagi lembu makan sewaktu PRK Galas
Kenyataan Nik Aziz Menghina Rakyat - Najib

KUCHING, 22 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di sini Jumaat.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ...orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.

"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M di mana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.

"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura di mana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

Friday, February 22, 2013

Orang Bujang Sibuti Dapat BR1M 2.0!!!

Berita gembira buat orang bujang di Sibuti.  Kerajaan akan mengagihkan baucer mereka seperti dalam jadual di bawah yang dipetik daripada blogger Sarawak Mee Kolok.

Orang Sibuti Bakal Terima BR1M 2.0~!!





BR1M 2.0 Fasa 2 bagi P.218 Sibuti...
Bagi Fasa ke-2 seramai 2921 orang penerima tersenarai untuk Kategori RM 250 (Individu Bujang) dan seramai 5982 orang penerima tersenarai untuk Kategori RM 500 (Berkeluarga)...
Jadual pengagihan adalah seperti berikut :


25 Feb 2013 (Isnin)

Di Gelanggang Bola Keranjang, Bekenu - Khas untuk Kategori RM 250

26 & 27 Feb 2013 (Selasa)

Di Gelanggang Bola Keranjang, Bekenu

28 Feb 2013 (Rabu)

Indoor Stadium Miri

4 Mac 2013 (Isnin)

Dewan Masyarakat Sepupok, Niah
Senarai - senarai tersebut akan mula dipamerkan tengahari nanti di Pasar Tamu Bekenu, Dewan Masyarakat Sepupok, Dewan Masyarakat Batu Niah, dan Indoor Stadium...
~~ Hj Ahmad Lai Bujang

Saturday, January 19, 2013

BR1M 2.0 Diagihkan Awal Februari 2013 di Sibuti

Terima kasih sekali lagi di atas kepimpinan Najib Razak yang akan memberikan BR1M versi 2 menjelang bulan Februari kelak.

Ahmad Lai yakin BR1M ini akan dikekalkan sekiranya BN masih menjadi kerajaan pada masa yang akan datang.  Semoga rakyat akan terus menyokong kerajaan BN dan BR1M akan menjadi bonus kepada mereka.
BR1M diyakini diteruskan jika kerajaan sekarang dikekalkan
 
Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang percaya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal diteruskan jika tampuk pemerintahan kerajaan sekarang dikekalkan.

Sebab itu, beliau memberitahu supaya Perdana Menteri (PM) dan Barisan Nasional (BN) harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“PM dan BN mesti menang pada PRU13 akan datang dan saya percaya setelah itu BR1M akan diteruskan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberikan komen berkenaan ketika ditanya oleh para wartawan adakah BR1M akan dikekalkan sebagai bantuan yang berterusan.

Mengenai BR1M 2.0 di kawasan Parlimen Sibuti pula, beliau memberitahu ia bakal diagihkan dan bermula pada awal Februari nanti.

“Setakat ini, di Bekenu mempunyai seramai 6,357 penerima manakala Lambir seramai 3,939 penerima,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau meminta pertolongan daripada ketua-ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melicinkan urusan pemberian bantuan berkenaan nanti.

Kepada penerima pula, Ahmad Lai berpesan supaya tidak lupa membawa MyKad pada masa dan tempat yang bakal ditentukan nanti.

“Jangan lupa bawa sekali MyKad serta surat menerima bantuan berkenaan jika nama telah tersenarai dan telah dimaklumkan nanti,” katanya.

Pada BR1M lalu, sekitar 15,000 penerima menerima manfaat daripada bantuan berkenaan di kawasan Parlimen Sibuti.

Thursday, November 8, 2012

Mari Daftar BR1M 2.0 di Bekenu Hujung Minggu In!!!

Syabas di atas usaha YB Haji Ahmad Lai yang berjaya membawa kaunter LHDN ke Bekenu.  Ini bertujuan untuk memudahkan warga Sibuti khususnya di Bekenu untuk mendaftar bagi BR1M 2.0.

Kaunter ini akan dibuka mulai 9 November 2012 ini hingga 11 NOvember 2012.  Rebutlah peluang untuk mendaftar dan berikut adalah garis panduan untuk memastikan permohonan BR1M 2.0 ini tidak ditolak.

Bagi yang sudah menerima BR1M 1.0 maka pendaftaran telah dilakukan secara terus berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data LHDN.  Sekiranya ada pertukaran alamat maka hendaklah mengisi BR1M 2.0 atau memaklumkan kepada LHDN.


Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang


Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah

Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Pemohon baharu BR1M daftar 9-11 Nov

Utusan Borneo 8 November 2012, Khamis

MIRI: Para pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya di kawasan Sibuti dialu-alukan untuk hadir ke gelanggang bola keranjang Bekenu pada 9 hingga 11 November nanti.

Ini bagi memudahkan urusan bagi pendaftaran BR1M 2.0 untuk para pemohon baharu yang belum menerima bantuan berkenaan.

Kaunter berkenaan adalah atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu.

“Kaunter yang dibuka pada ketiga-tiga hari berkenaan bakal memudahkan para pemohon baharu BR1M 2.0,” kata jurucakap berkenaan kepada Utusan Borneo semalam.

Jadual kaunter dibuka pada 9 November adalah dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sementara pada 10 & 11 November, kaunter dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Para penerima BR1M yang lepas tidak perlu mendaftarkan diri mereka semula kerana telah didaftarkan secara automatik.

Saturday, October 13, 2012

BNPrihatin! 5 Juta Diperuntukkan di Sibuti - Muhyiddin

Terima kasih kepada kerajaan pimpinan PM yang telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM 5 Juta untuk membangunkan Lambir, Bekenu dan Sibuti.  Sumbangan ini telah disalurkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai pada 11 Oktober 2012 yang lepas.

Dalam Majlis yang dihadiri lebih daripada 3000 orang itu menunjukkan sokongan terhadap BN di kawasan Sibuti sungguh menggalakkan.  Pemuda BN turut sama memeriahkan suasana menyambut ketibaan TPM dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak.

Turut hadir YB Ahmad Lai selaku tuan rumah, YB Datuk Amar Abang Johari, YB Datuk Wahab Aziz, YB Rossey Yunus, YB Ripin Lamat, YB Dennis Ngau dan orang kenamaan dan ketua-ketua kaum di sekitar Miri dan Sibuti.
Muhyiddin Saran Bantuan Rakyat 1Malaysia Diteruskan

MIRI, 11 Okt (Bernama) -- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara peribadi beliau berpendapat pemberian BR1M patut dikekalkan namun perlu penambahbaikan bagi memastikan bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar.

"Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat memang baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, Khamis.

Maklum balas hasil lawatan ke Limbang dan Miri, beliau mendapati majoriti rakyat menyambut baik BR1M 2.0 yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan dan mahu ia dikekalkan kerana faedah besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian BR1M mampu memberi impak lebih positif berbanding skim rasionalisasi subsidi komoditi yang berkaitan dengan pengurangan harga petrol dan gula kerana bantuan tersebut terus kepada golongan yang disasarkan.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan kemungkinan BR1M dikekalkan sekiranya rakyat memberi kepercayaan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin BR1M boleh kekal," katanya sambil menambah kerajaan BN sentiasa prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sehingga sanggup menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup.

-- BERNAMA

Baca Blog Dalam Facebook Anda