Ibu bapa harus lengkap diri dengan kemahiran digital
Utusan Borneo
MIRI (27 Jan): Ibu bapa harus melengkapkan diri dengan kemahiran digital untuk membenarkan mereka membendung penyalahgunaan alat perhubungan moden seperti telefon pintar dan komputer tablet dalam mempengaruhi kehidupan sosial anak-anak.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga dikhuatiri akan melekakan anak-anak sekali gus terpengaruh dengan anasir-anasir negatif daripada dunia siber.
‘Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan bagaimana dan bila mereka menggunakan telefon bimbit.
“Sekarang dengan populariti laman sosial, anak kita boleh dikatakan berada dalam dunia realiti dan dunia digital.
“Ibu bapa juga berperanan mengawal penggunaan alat-alat digital ini.
“Justeru, penting untuk kita sebagai ibu bapa mengemas kini ilmu teknologi mereka agar kita peka dengan potensi dan bahaya peralatan ini,” katanya ketika merasmikan seminar Program Kenali Anak Kita PETRONAS (PKAKP) di sini semalam.
Mengulas lanjut tentang peranan ibu bapa, Fatimah berkata sokongan institusi keluarga penting agar setiap kekurangan dalam sistem pendidikan formal di sekolah dapat dilengkap sempurnakan di rumah.
Peranan ahli keluarga dan masyarakat penting dalam setiap usaha untuk memberi identiti budaya atau membentuk citra, imej dan wajah kewarganegaraan nasional kepada anak-anak.
Di samping itu, secara sedar menyediakan mereka asas kukuh untuk menghadapi cabaran dan tuntutan baharu sebagai warga dunia tanpa sempadan.
“Sebagai ketua institusi keluarga, ibu bapa mempunyai peranan yang amat signifikan dalam menentukan kebersediaan emosi, sosial, mental dan rohani dan juga kejayaan anak-anak, sama ada di bangku sekolah, dalam kalangan rakan sebaya, atau sebagai ahli keluarga dan masyarakatnya.
Mengulas tentang penganjuran seminar itu, Fatimah berharap program berkenaan dapat memperkasakan peranan ibu bapa sebagai ejen perubahan masyarakat.
Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran utama yang perlu ditangani dengan bijak iaitu pengupayaan anak-anak dengan kemahiran generik, memperkukuhkan persekitaran sosiobudaya pembelajaran yang meransang watak anak-anak dan pemantapan institusi keluarga sebagai institusi pendidikan.
‘Kemahiran generik adalah kemahiran aras tinggi merangkumi kemahiran seperti komunikasi, menyelesaikan masalah, ingin tahu, kesabaran, keanjalan, kecekalan, ketahanan, keberanian dan kreativiti yang membolehkan anak-anak mengelola, menyesuaikan diri dan secara strategik menggunakan kemahiran spesifik yang dikuasai dalam persekitaran dan suasana baharu,” katanya.
Turut hadir Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Haniff Hassan, Setiausaha Kehormat PENGASIH Roslan Yahya, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Timbalannya Abdul Aziz Mohd Yusuf.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts
Friday, February 1, 2013
Awasi Anak Dalam Dunia Realiti Dan Dunia Digital: Fatimah
Friday, February 01, 2013
Fatimah Abdullah, Miri, PBB, PENGASIH, Petronas, Program Kenali Anak Kita PETRONAS (PKAKP), Sarawak
No comments
Ibu bapa seharusnya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT. Kini terdapat banyak sumber untuk meneroka alam digital, tentulah dengan bersama dengan anak anda setiap kali mereka melayari laman web. Jangan biarkan mereka berseorangan terutama sekali banyak ancaman negatif di dalam dunia digital sekiranya tidak dikawal!
Luangkanlah masa bersama dengan anak anda setiap kali mereka di hadapan komputer. Jangan malu bertanya sekiranya anda tidak faham dengan apa yang mereka lakukan. Lama-kelamaan kita akan dapat mengetahui apa itu dunia digital dan tahu apa yang dilakukan oleh anak kita di alam digital.
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Pening Kepala Tipu Muslihat PTPTN Tak Menjadi!!?!!?
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Mohammad Arifiriazul Paijo, PAS, Pemuda PAS, Perintis, Petronas, PKR, Rafizi Ramli
No comments
Pelan Anwar kantoi lagi!!??!? Kali ini untuk memenangi pengundi yang mempunyai hutang dengan PTPTN, Anwar menjanjikan hutang mereka langsai begitu sahaja!!?!? Amboi-amboi seronoklah macam tu!!?? Tipu sana-sini!!?? Janji PRU12 pun belum selesai dah pandai buat janji baru!!? Inilah Ketua Pembangkang yang pandai putar-belit!!!?!? Sini pusing sana pusing lama-lama kepala pun pusing!?!?!
Senang je ikut kepala dia hutang PTPTN guna wang Petronas!?!? Iyerlah Rafizi Ramli dulu pernah kerja Petronas dan spy mereka sekarang Arifiraizul Paijo pun kerja dalam i-Perintis, segala maklumat IT Petronas bolehlah dia bagitau kat Anwarinas dan kaum PAS!?!?!?
Pelan Anwar tidak munasabah
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.
Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.
"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.
"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu.
"Oleh itu, apakah bermakna Anwar akan naikkan cukai? (Kalau) tak naik cukai, nak 'dicukai' dengan pendapatan Petronas pula. Petronas pun sebuah syarikat dan kalau kita 'perah' habis-habis, sampai masa ia tak boleh melabur. Ini dia (Anwar) tak ambil kira,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bersama warga Kementerian Pelajaran sempena Dialog Nasional Pendidikan Negara di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.
Muhyiddin mengulas cadangan Anwar untuk menggunakan keuntungan Petronas bagi menampung pembiayaan pendidikan negara selepas memansuhkan PTPTN.
Kata Timbalan Perdana Menteri, segala perancangan Anwar adalah 'cakap-cakap' politik bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mudahnya nak pilihan raya ini, (cakap) pinjaman PTPTN tak perlu dibayar. Ini bermakna kita tidak bertanggungjawab. Semua pinjaman perlu dibayar.
"PTPTN perlu kekal sepanjang masa untuk membiayai pendidikan. Kita perlu fikir jangka panjang. Jangan fikir keuntungan politik jangka pendek. Itu yang Anwar boleh buat,'' tegasnya.
Mengenai kenyataan Anwar yang yakin BN tidak akan mampu merampas semula Selangor, katanya, apa yang dikatakan Anwar adalah tidak penting kerana rakyat menjadi penentu segala-galanya.
"Biarlah, itu pandangan dia. Namun, saya tak fikir apa Anwar cakap itu penting. Apa yang saya pentingkan adalah apa rakyat Selangor fikirkan.
"Apa yang utama adalah apa yang dikatakan rakyat. Apakah mereka puas hati dan apakah janji-janji pembangkang telah terlaksana atau janji hanya tinggal janji? "Kita pun tahu banyak yang mereka janji masih tidak ditunaikan,'' tambahnya
Subscribe to:
Posts (Atom)





