Tuesday, April 10, 2012

Anwar Pening Kepala Tipu Muslihat PTPTN Tak Menjadi!!?!!?

Pelan Anwar kantoi lagi!!??!? Kali ini untuk memenangi pengundi yang mempunyai hutang dengan PTPTN, Anwar menjanjikan hutang mereka langsai begitu sahaja!!?!?  Amboi-amboi seronoklah macam tu!!??  Tipu sana-sini!!??  Janji PRU12 pun belum selesai dah pandai buat janji baru!!?  Inilah Ketua Pembangkang yang pandai putar-belit!!!?!?  Sini pusing sana pusing lama-lama kepala pun pusing!?!?!  

Senang je ikut kepala dia hutang PTPTN guna wang Petronas!?!?  Iyerlah Rafizi Ramli dulu pernah kerja Petronas dan spy mereka sekarang Arifiraizul Paijo pun kerja dalam i-Perintis, segala maklumat IT Petronas bolehlah dia bagitau kat Anwarinas dan kaum PAS!?!?!?

Pelan Anwar tidak munasabah
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.

Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.

"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.

"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu.

"Oleh itu, apakah bermakna Anwar akan naikkan cukai? (Kalau) tak naik cukai, nak 'dicukai' dengan pendapatan Petronas pula. Petronas pun sebuah syarikat dan kalau kita 'perah' habis-habis, sampai masa ia tak boleh melabur. Ini dia (Anwar) tak ambil kira,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bersama warga Kementerian Pelajaran sempena Dialog Nasional Pendidikan Negara di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Muhyiddin mengulas cadangan Anwar untuk menggunakan keuntungan Petronas bagi menampung pembiayaan pendidikan negara selepas memansuhkan PTPTN.

Kata Timbalan Perdana Menteri, segala perancangan Anwar adalah 'cakap-cakap' politik bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Mudahnya nak pilihan raya ini, (cakap) pinjaman PTPTN tak perlu dibayar. Ini bermakna kita tidak bertanggungjawab. Semua pinjaman perlu dibayar.

"PTPTN perlu kekal sepanjang masa untuk membiayai pendidikan. Kita perlu fikir jangka panjang. Jangan fikir keuntungan politik jangka pendek. Itu yang Anwar boleh buat,'' tegasnya.

Mengenai kenyataan Anwar yang yakin BN tidak akan mampu merampas semula Selangor, katanya, apa yang dikatakan Anwar adalah tidak penting kerana rakyat menjadi penentu segala-galanya.

"Biarlah, itu pandangan dia. Namun, saya tak fikir apa Anwar cakap itu penting. Apa yang saya pentingkan adalah apa rakyat Selangor fikirkan.

"Apa yang utama adalah apa yang dikatakan rakyat. Apakah mereka puas hati dan apakah janji-janji pembangkang telah terlaksana atau janji hanya tinggal janji? "Kita pun tahu banyak yang mereka janji masih tidak ditunaikan,'' tambahnya

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda