Tuesday, April 3, 2012

[Video] Ulasan Laporan Minority oleh P Kamalanathan!!??

Apakah sebenarnya laporan minoriti yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sehingga Parlimen gempar dan kecoh pada siang tadi!!!?   Di bawah ini disertakan ulasan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan yang menjelas perkara sebenar isu Laporan Minority yang dibahaskan oleh ahli parlimen pembangkang.
Laporan minoriti punca laporan akhir PSC tidak dibahas
03/04/2012 7:20pm


KUALA LUMPUR 3 April – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sedih laporan akhir jawatankuasa itu tidak dapat dibahaskan di Parlimen hari ini hanya disebabkan “laporan minoriti” yang sengaja dibangkitkan pembangkang.

Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata, kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau hairan bagaimana pembangkang boleh bertindak sedemikian sedangkan 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini dipersetujui bersama oleh wakil mereka di dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang masalah.

"Saya sedih kerana banyak masa dan kerja telah dibuat. Bukan hanya saya tetapi semua ahli telah menghabiskan banyak masa sehinggalah ke mesyuarat terakhir dan bersetuju 82 peratus daripada 22 syor... tetapi “main politik” pada saat akhir.

"Maka, saya serahkan kepada orang ramai dan Ahli Parlimen untuk menilai kandungan laporan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan laporan jawatankuasa itu diluluskan tanpa dibahas berikutan kekecohan yang ditimbulkan di dalam dewan.

Speaker memutuskan demikian apabila anggota Parlimen pembangkang Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang menimbulkan kekecohan enggan meninggalkan dewan setelah diperintah berbuat demikian.

Ongkili berkata, selain soal laporan minoriti yang sengaja ditimbulkan pembangkang, beliau yakin keseluruhan laporan itu akan diterima jika dibahaskan sepertimana penerimaan sebulat suara anggota persidangan terhadap laporan interim jawatankuasa itu pada 1 Disember lepas. - BERNAMA
Laporan Minority Diulas oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan Menjelas Perkara Sebenar Isu Laporan Minority Yang Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda