Sunday, April 8, 2012

Wan Junaidi Tempelak PAS!!??

PAS memang pandai berlakon demi menawan Putrajaya, sebelum ini Wan Junaidi memberitahu bahawa Hadi Awang pernah menyatakan tidak mungkin orang bukan Islam menjadi pemimpin atasan!!??  Nama pun Parti Ajaran Sesat!?!?!  Agaknya sekarang siapa pun boleh jadi calon PAS tolak batu dan kayu!!!??  Lembu, ayam, itik atau pun ikan boleh mengambil borang penamaan calon kelak!?!!?  Janganlah tertipu dengan PAS yang kini hanya pandai berkata-kata untuk mendapatkan undi mudah!?!? 
Hasrat PAS letak calon bukan Islam hanya dakyah politik: Wan Junaidi
Posted on April 8, 2012, Sunday

KUCHING: Hasrat PAS meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang hanya dakyah politik untuk mengelirukan rakyat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, parti itu tidak tetap pendirian dan boleh bertukar warna pada bila-bila masa.

“Dulu mereka mempelopori negeri Islam sehinggakan semua orang diislamkan.

“Oleh kerana hendak menawan Putrajaya mereka berubah pendirian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS hendak menyenaraikan calon bukan Islam pada PRU13 akan datang.

Menurutnya, usaha mereka membawa pemimpin bukan Islam masuk parti diibaratkan sebagai pelengkap semata-mata.

“Ini kerana Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) pernah menyatakan tidak mungkin pemimpin bukan Islam menjadi pemimpin atasan.

“Ia adalah dakyah politik PAS untuk mengelirukan rakyat dan meraih undi,” ujarnya.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, keadaan itu nampak bercanggah daripada perjuangan asal PAS.

“Bagaimana PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) boleh membawa kemajuan? Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah bercerita.

“Jangan ingat PAS boleh bercakap betul kerana mereka tidak tetap pendirian dan segala-galanya bercelaru.

“Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan ahlinya keluar parti,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda